• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sabah Dan Sarawak Raih Peruntukan Besar Dalam Bajet 2023

Oleh
Aina Musa
8 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Sabah Dan Sarawak Raih Peruntukan Besar Dalam Bajet 2023

Sabah dan Sarawak raih manfaat besar menerusi Bajet 2023

Sabah Dan Sarawak Raih Peruntukan Besar Dalam Bajet 2023. Sabah dan Sarawak akan terus meraih manfaat besar daripada peruntukan pembangunan negara iaitu masing-masing sebanyak RM6.3 bilion dan RM5.4 bilion dalam Bajet 2023.

Sabah Dan Sarawak Raih Peruntukan Besar Dalam Bajet 2023. Sumber: Harian Metro

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat hari ini berkata peruntukan itu antaranya untuk melaksanakan projek infrastruktur air, elektrik, jalan raya, kesihatan dan kemudahan pendidikan.

Jumlah peruntukan meningkat dua kali ganda berbanding tahun ini

Melalui bajet bertema ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama’ itu, beliau berkata lima wilayah koridor utama negara akan menerima peruntukan keseluruhan RM1.4 bilion iaitu meningkat dua kali ganda berbanding RM690 juta pada tahun ini.

‘Tahun depan, program utama yang dilaksanakan termasuklah Projek Ladang Tenusu di Chuping, Perlis dengan kos RM80 juta dan Program Pembangunan Modal Insan di bawah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) antaranya bagi meningkatkan prestasi akademik anak-anak B40 dengan peruntukan RM63 juta’.

‘Turut dilaksanakan projek Sistem Pengangkutan Bas Rapid Transit di Johor dengan peruntukan RM80 juta, projek Pembesaran Pelabuhan Kontena Sapangar Bay di Sabah dengan peruntukan RM250 juta dan projek Infrastruktur Bekalan Air Samalaju Fasa 3 di Sarawak dengan peruntukan RM100 juta,’ katanya.

Sabah Dan Sarawak Raih Peruntukan Besar Dalam Bajet 2023
Pelabuhan Kontena Sapangar Bay di Sabah.

Bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi koridor, Tengku Zafrul berkata pakej galakan cukai sedia ada yang akan tamat pada tahun ini juga akan ditambah baik dan dilanjutkan untuk tempoh dua tahun lagi.

Beliau berkata pertumbuhan ekonomi di utara akan terus dipacu melalui projek Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) Delapan di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan oleh itu, kerajaan berhasrat untuk membangunkan hab lalu lintas digital dan pusat data alternatif bagi rantau Asia Tenggara di kawasan seluas 200 ekar di SBEZ Delapan itu.

‘Tahun depan, RM25 juta disediakan untuk menyediakan infrastruktur utama di samping sektor swasta pula akan melabur aset perniagaan dengan potensi pelaburan domestik sehingga RM4 bilion dan menyediakan lebih 600 peluang pekerjaan,’ katanya.

Dana dan peruntukan turut melibatkan projek antara sempadan

Tengku Zafrul juga berkata kerajaan merancang untuk membangunkan bandar yang bersempadan dengan Thailand dan Kalimantan, Indonesia antaranya di Bukit Kayu Hitam (Kedah), Kalabakan (Sabah) serta Tebedu dan Ba’kelalan (Sarawak) dengan kos RM150 juta.

Sabah Dan Sarawak Raih Peruntukan Besar Dalam Bajet 2023
Sempadan Tebedu

Kerajaan bercadang untuk memulakan kerja awalan bagi pembinaan jalan baharu dari Kalabakan Sabah ke Simanggaris, Indonesia dan menaik taraf Jalan Serian-Tebedu, Sarawak ke sempadan Indonesia.

Baca lagi artikel menarik di sini:

Kenali Kelirieng, Tiang Pengebumian Kaum Punan Dan Melanau Di Sarawak
Ini Sejarah Gelap Gua Hantu Di Bau, Gua Yang Ditakuti Oleh Penduduk Tempatan
SUMBER :Harian Metro
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tumbuk Suami Kekasih, Seorang Penjawat Awam Dari Kuching Didenda RM5K Tumbuk Suami Kekasih, Seorang Penjawat Awam Dari Kuching Didenda RM5K
Next Article PDRM Miri Tawar Diskaun Saman Sehingga 50% Dari 8 Hingga 10 Oktober Ini PDRM Miri Tawar Diskaun Saman Sehingga 50% Dari 8 Hingga 10 Oktober Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?