• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Kelirieng, Tiang Pengebumian Kaum Punan Dan Melanau Di Sarawak

Oleh
Nazihah AN
7 Oktober 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Kenali Kelirieng, Tiang Pengebumian Kaum Punan Dan Melanau Di Sarawak

Pernah dengar Kelirieng?

Kenali Kelirieng, Tiang Pengebumian Kaum Punan Dan Melanau Di Sarawak. Ramai yang menyangka bahawa Kelirieng ini seperti satu perhiasan. Jika anda lihat, ianya persis seperti tiang totem seperti di luar negara. Sebenarnya, ia merupakan sebatang kayu yang diukir bagi tujuan pengebumian.

Isi Isi Penting
  • Kerilieng ini dibuat untuk orang tertentu sahaja
  • Satu Kelirieng boleh mengambil masa tiga hingga lima tahun untuk disiapkan.
  • Ketahui kaum Punan, etnik minoriti di Sarawak
  • Punan dan Penan suku kaum yang berbeza

Jika anda pernah singgah ke Borneo Culture Muzium, anda pasti pernah lihat sebuah tiang tinggi (mempunyai ukiran padanya) yang terletak di hadapan muzium ini, kan? Ya, itu adalah Kelirieng, tiang pengebumian dari Lo’o Pilah yang telah dipindahkan ke Muzium Sarawak seawal tahun 1925.

Kenali Kelirieng, Tiang Pengebumian Kaum Punan Dan Melanau Di Sarawak
Kenali Kelirieng, Tiang Pengebumian Kaum Punan Dan Melanau Di Sarawak

Kerilieng ini dibuat untuk orang tertentu sahaja

Kaum Punan menamakan tiang pengebumian ini Kelirieng atau Klirieng, manakala kaum Melanau menggelarnya Jerunai atau Klideng. Selain di Borneo Cultures Museum, anda juga boleh lihat Kelirieng atau Jerunai ini di Kampung Tellian Mukah.

Kelirieng ini diperbuat daripada kayu belian yang besar dan cukup tua kerana kayu jenis ini tahan lama kepada cuaca panas dan hujan hingga ratusan tahun. Dan sebab itulah, anda masih lagi dapat lihat tiang pengebumian tersebut hingga sekarang.

Kelirieng ini adalah tempat pengebumian untuk hamba perempuan atau lelaki kepada bangsawan yang meninggal dunia dan ditanam bersama-sama Kelirieng ini sebagai satu lambang pengorbanan bagi memastikan nasib malang tidak menimpa rakyat.

Kenali Kelirieng, Tiang Pengebumian Kaum Punan Dan Melanau Di Sarawak
Kenali Kelirieng, Tiang Pengebumian Kaum Punan Dan Melanau Di Sarawak

Satu Kelirieng boleh mengambil masa tiga hingga lima tahun untuk disiapkan.

Walau bagaimanapun, ritual Kelirieng ini tidak lagi diamalkan pada masa sekarang kerana arus kemodenan serta kebanyakan masyarakat mempunyai agama masing-masing.

Untuk pengetahuan anda, setiap ukiran yang terdapat pada Kelirieng telah diukir oleh orang yang mahir dalam bidangnya dan juga berpengetahuan tinggi tentang adat dan tradisi tempatan, kerana setiap bentuk membawa makna yang signifikan.

Kenali Kelirieng, Tiang Pengebumian Kaum Punan Dan Melanau Di Sarawak
Sumber: Facebook

Ketahui kaum Punan, etnik minoriti di Sarawak

Tiang pengebumian yang berukuran kira-kira 50 meter ini merupakan salah satu warisan ketara yang paling menonjol bagi orang Punan, sebuah kumpulan sub etnik masyarakat Orang Ulu di Borneo.

Punan atau Punan Bah adalah antara etnik minoriti yang mendiami Sarawak, Borneo. Kebanyakan daripada etnik ini mendiami kawasan sekitar Pandan, Jelalong, Kakus di Bahagian Bintulu, Sarawak serta di sepanjang Sungai Rajang di dalam Daerah Nanga Merit, Belaga, Sarawak.

Etnik Punan juga ada yang masih tinggal di Kalimantan Barat, Indonesia 

Kenali Kelirieng, Tiang Pengebumian Kaum Punan Dan Melanau Di Sarawak
Kaum Punan. Sumber: The Patriots

Punan dan Penan suku kaum yang berbeza

Namun, tahukah anda semua bahawa Punan dan Penan adalah dua etnik yang berbeza samada dari segi budaya, bahasa mahupun cara hidup.

Jika Penan dikategorikan dibawah etnik yang penghidupan mereka berpindah randah ataupun nomad namun ianya tidak begitu pada etnik Punan kerana, etnik Punan ini hidup tetap mengusahakan padi bukit dan sebagainya untuk kelansungan hidup mereka di satu tempat sahaja.

Ketahui Koperal Matthew, askar dari Sarawak yang terkoban dalam sejarah hitam Al- Maunah. Lihat pautan di bawah:

https://www.iloveborneo.my/koperal-matthew-askar-dari-sarawak-yang-terkorban-dalam-sejarah-hitam-al-maunah-tahun-2000/
Ini Sejarah Gelap Gua Hantu Di Bau, Gua Yang Ditakuti Oleh Penduduk Tempatan
SUMBER :Borneo Talk
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Warga Emas Ditangkap Dengan Dadah Metamfetamin Dan Ketamin Bernilai RM5,000 Di Sibu
Next Article Pekerja Mogok, Sebuah Syarikat Di Bintulu Ini Tak Bayar Gaji Selama 3 Bulan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?