• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sabah Dibahagikan Kepada 6 Zon, Sudah Boleh Rentas Daerah Mulai 5 Mac

Oleh
Ismail NA
4 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Sabah akan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula Jumaat ini.

Sabah Dibahagikan Kepada 6 Zon, Sudah Boleh Rentas Daerah Mulai 5 Mac. Setelah menerima rungutan dan aduan daripada orang awam yang sulit untuk meneruskan rutin harian kerana perlu merentas daerah, kerajaan Sabah akhirnya akan melonggarkan syarat pergerakan rentas daerah kepada rentas zon.

Isi Isi Penting
  • Sabah akan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula Jumaat ini.
  • Boleh rentas daerah asalkan masih sama dalam zon
  • Tuaran, Papar dan Ranau dikelaskan dalam zon sama untuk merancakkan semula ekonomi
  • ‘Travel Bubble’ Sabah adalah projek percubaan
  • Baca selanjutnya di sini :

Perkara tersebut dimaklumkan oleh jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun semalam. Jelasnya, kerajaan Sabah telah mengkelaskan daerah-daerah kepada 6 zon bagi meluaskan pergerakan rakyat di kawasan masing-masing. Ini bermakna rakyat Sabah tidak perlu lagi memohon permit merentas daerah daripada PDRM jika destinasi yang dituju masih dalam zon yang sama.

Langkah ini juga dibuat bagi merancakkan semula aktiviti ekonomi yang tergendala akibat pandemik COVID-19. Ini tentunya khabar baik buat penduduk dan keputusan ini dibuat setelah mendapat nasihat daripada pihak jabatan kesihatan. Kelonggaran ini berkuat kuasa mulai 5 Mac, Jumaat ini.

Sabah Dibahagikan Kepada 6 Zon, Sudah Boleh Rentas Daerah Mulai 5 Mac
Sabah Dibahagikan Kepada 6 Zon, Sudah Boleh Rentas Daerah Mulai 5 Mac. Datuk Masidi Manjun
Kredit : BERNAMA

Namun demikian, kawasan Nabawan dikecualikan daripada pengkelasan zon ini kerana terdapat kluster yang masih aktif dan berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 3 Mac.

Boleh rentas daerah asalkan masih sama dalam zon

Berikut merupakan pengkelasan zon-zon di Sabah;

Zon 1 : Kota Kinabalu, Kota Belud, Ranau, Tuaran, Penampang, Putatan dan Papar

Zon 2 : Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang

Zon 3 : Kudat, Kota Marudu dan Pitas

Zon 4 : Sandakan, Beluran, Kinabatangan dan Tongod

Zon 5 : Tawau, Semporna, Lahad Datu, Kunak dan Kalabakan

Zon 6 : Keningau, Tambunan dan Tenom

Tuaran, Papar dan Ranau dikelaskan dalam zon sama untuk merancakkan semula ekonomi

Daerah Tuaran dan Papar dikelaskan dalam zon yang sama memandangkan terdapat ramai penduduk yang bekerja di ibu negeri merentasi dari 2 daerah ini bagi tujuan bekerja. Selain itu, daerah Ranau juga dimasukkan sekali dalam zon yang sama dengan Kota Kinabalu kerana di situ terletaknya pusat pelancongan yang utama di Sabah iaitu Gunung Kinabalu dan Taman Kinabalu di Kundasang.

Hal ini juga bagi memastikan aktiviti pelancongan dalam zon masih dapat dilaksanakan dan dirancakkan semula.

Sabah Dibahagikan Kepada 6 Zon, Sudah Boleh Rentas Daerah Mulai 5 Mac
Kinabalu Park yang juga merupakan Tapak Warisan Dunia
Sumber : Mount Kinabalu

‘Travel Bubble’ Sabah adalah projek percubaan

Sabah juga telah memperkenalkan ‘travel bubble’ yang membenarkan aktiviti pelancongan di bawah pakej pelancongan antara Sutera Harbour Resort dan Pulau Mantanani. Menurut Masidi, projek tersebut adalah projek percubaan atau ‘pilot project’ yang dibentangkan oleh pihak pengurusan resort tersebut kepada kerajaan negeri.

Namun demikian, ‘travel bubble’ ini akan diluluskan satu persatu setelah mereka menghantar kertas kerja bersama justifikasi dan SOP.

Baca selanjutnya di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ketua Menteri Sabah Terima Vaksin Pfizer-BioNTech Hari Ini
Next Article Bot Karam Di Sungai Rajang, Wanita Hamil Antara 5 Mangsa Terselamat

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?