• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bot Karam Di Sungai Rajang, Wanita Hamil Antara 5 Mangsa Terselamat

Oleh
Husna Hazmi
4 Mac 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Kejadian berlaku di Sungai Rajang berhampiran Pekan Kanowit.

Bot Karam Di Sungai Rajang, Wanita Hamil Antara 5 Mangsa Terselamat. Seorang wanita hamil antara lima mangsa terselamat dalam kejadian bot karam yang dilaporkan berlaku di Sungai Rajang berhampiram Pekan Kanowit, petang semalam.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit Arrahman Chik, dalam kejadian jam 4.52 petang tersebut, semua mangsa telah pun diselamatkan orang awam menggunakan bot persendirian sebelum ketibaan pihak bomba.

Bot Karam Di Sungai Rajang, Wanita Hamil Antara 5 Mangsa Terselamat
Bot Karam Di Sungai Rajang, Wanita Hamil Antara 5 Mangsa Terselamat. gambar: Facebook

Seorang mangsa wanita yang sarat mengandung

“Seorang mangsa wanita yang sarat mengandung dalam keadaan sukar bernafas. Pihak bomba yang tiba di lokasi kejadian segera mengangkat mangsa menggunakan pengusung naik ke darat sebelum dia diserahkan kepada pihak ambulans Kanowit untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika semua mangsa hendak pulang dari Pekan Kanowit ke rumah panjang mereka di Sungai Poi, yang memakan masa kira-kira sejam perjalanan menggunakan bot.

Bot Karam Di Sungai Rajang, Wanita Hamil Antara 5 Mangsa Terselamat
Kredit gambar: Facebook

Mangsa terdiri daripada seorang lelaki dan empat wanita

Katanya, semua mangsa terdiri daripada seorang lelaki dan empat wanita berusia antara 14 hingga 74 tahun.

“Menurut saksi kejadian, bot mangsa karam ketika ingin keluar dari muara sungai Kanowit kerana terkena ombak sebuah bot penambang,” katanya.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sabah Dibahagikan Kepada 6 Zon, Sudah Boleh Rentas Daerah Mulai 5 Mac
Next Article Takut Kantoi Dengan Isteri, Lelaki Ini Upah Juruteknik Untuk Pasang 'Plash Speed' Yang Sebenarnya PS5 Takut Kantoi Dengan Isteri, Lelaki Ini Upah Juruteknik Untuk Pasang ‘Plash Speed’ Yang Sebenarnya PS5

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?