• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sabah Negeri Terbaru Berminat Menjadi Tuan Rumah Sukan SEA 2027

Oleh
Farisha
10 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Tiga negeri berminat jadi hos Sukan SEA 2027, iaitu Sabah, Sarawak, dan Pulau Pinang

Sabah Negeri Terbaru Berminat Menjadi Tuan Rumah Sukan SEA 2027. Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Abdul Rashid Yaakub, telah mengesahkan bahawa Sabah kini menjadi negeri terbaru yang berminat untuk menjadi tuan rumah bersama Sukan SEA 2027, selepas Sarawak dan Pulau Pinang juga menyatakan minat yang sama.

Abdul Rashid menyatakan bahawa persetujuan masih belum dimuktamadkan. Pihaknya sedang mengumpul segala maklumat dan butiran untuk dipertimbangkan oleh jemaah menteri, termasuk kos, jenis sukan, dan lokasi penganjuran.

Sabah Negeri Terbaru Berminat Menjadi Tuan Rumah Sukan SEA 2027
Sabah Negeri Terbaru Berminat Menjadi Tuan Rumah Sukan SEA 2027

Menurut sumber, beliau menambah bahawa maklumat tersebut sedang disediakan untuk dibentangkan dalam mesyuarat jemaah menteri. Setakat ini, Pulau Pinang dan Sarawak telah mengesahkan minat mereka, dan kini Sabah turut menyertai senarai negeri yang berminat.

Abdul Rashid juga menjangkakan akan menerima maklum balas daripada negeri-negeri lain pada minggu ini, selepas tarikh akhir pelawaan dilanjutkan dari hari Jumaat yang lalu. Pihak urusetia sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat terkini daripada negeri-negeri yang berminat.

Sekiranya kerajaan bersetuju untuk menganjurkan Sukan SEA 2027, ia akan menjadi kali ketujuh Malaysia menjadi tuan rumah temasya sukan dwi-tahunan ini, dengan penganjuran terakhir pada tahun 2017.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Sarawak Sedia Jadi Hos Bersama Kerajaan Persekutuan Untuk Penganjuran Sukan SEA 2027
Sarawak ‘Pasang Impian’ Mahu Jadi Tuan Rumah Sukan SEA 2027
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pusat Kanser Sarawak Bakal Dibina Di Kota Samarahan Pusat Kanser Sarawak Bakal Dibina Di Kota Samarahan
Next Article Inovasi Hidangan Sarawak Dari Rock Road Seafood Raih Perak Di Global Culinary Challenge Malaysia Inovasi Hidangan Sarawak Dari Rock Road Seafood Raih Perak Di Global Culinary Challenge Malaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?