• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sabah Peruntukan Sebanyak 10,000 Komputer Riba Percuma Untuk Pelajar SPM, STPM Dan STAM

Oleh
Nazihah AN
9 Jun 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Pelajar SPM, STPM, dan STAM yang kurang berkemampuan sahaja.

Sabah Peruntukan Sebanyak 10,000 Komputer Riba Percuma Untuk Pelajar SPM, STPM Dan STAM. Dilaporkan bahawa, Jabatan Pendidikan Sabah bakal mengagihkan 10,000 komputer riba yang telah disumbangkan oleh kerajaan negeri untuk pelajar kurang mampu di Sabah bermula 19 Julai hingga 18 Oktober ini.

Isi Isi Penting
  • Pelajar SPM, STPM, dan STAM yang kurang berkemampuan sahaja.
  • Seramai 9,842 pelajar tingkatan 5 dan 6.
  • Inisiatif ini harus disegerakan
  • Lagi di sini:

Jabatan Pendidikan Sabah juga sudah memulakan untuk mengenal pasti pelajar yang layak menerima komputer riba menerusi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK).

Sabah Peruntukan Sebanyak 10,000 Komputer Riba Percuma Untuk Pelajar SPM, STPM Dan STAM
Sabah Peruntukan Sebanyak 10,000 Komputer Riba Percuma Untuk Pelajar SPM, STPM Dan STAM. Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Hj Noor

Seramai 9,842 pelajar tingkatan 5 dan 6.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Hj Noor berkata, pemberian komputer riba itu membabitkan pelajar yang akan mengambil peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM), dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), pada penghujung tahun ini.

“Di bawah inisiatif ini, seramai 9,842 pelajar tingkatan 5 dna 6, serta 158 pelajar dari Sekolah Agama Negeri yang akan menduduki SPM, STPM dna STAM tahun ini akan menerima bantuan komputer riba”

Sabah Peruntukan Sebanyak 10,000 Komputer Riba Percuma Untuk Pelajar SPM, STPM Dan STAM
Sabah Peruntukan Sebanyak 10,000 Komputer Riba Percuma Untuk Pelajar SPM, STPM Dan STAM

Jabatan Pendidikan Sabah bersama dengan pejabat pendidikan daerah dan sekolah di seluruh negeri akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan negeri untuk mengenal pasti pelajar yang layak.

Dalam kenyataan beliau sebelum ini, pemberian komputer riba kepada pelajar yang kurang berkemampuan tersebut dipersetujui oleh Kabinet, membabitkan peruntukan sebanyak RM15 juta.

“Kerajaan negeri berharap agar ianya dapat membantu pelajar yang memerlukan. Ini adalah satu pendekatan pemerintah negara bagi membantu mereka tidak berasa terpinggir dan ketinggalan dalam pelajaran sepanjang PdPR” tambah beliau.

Sabah Peruntukan Sebanyak 10,000 Komputer Riba Percuma Untuk Pelajar SPM, STPM Dan STAM
Sabah Peruntukan Sebanyak 10,000 Komputer Riba Percuma Untuk Pelajar SPM, STPM Dan STAM

Inisiatif ini harus disegerakan

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Skuad Komuniti Prihatin Sabah (KPS), Mohd Taufik Ismail menyambut baik inisiatif kerajaan negeri dan berharap hanya pelajar yang layak sahaja akan menerima bantuan tersebut.

Kerajaan negeri dan jabatan yang berkaitan mesti mengemaskini data miskin tegar e-Kasih dengan lebih berkesan untuk memulakan proses pengedaran komputer riba kepada masyarakat dengan adil, tambah beliau dalam kenyataan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lakukan Perbuatan Tak Senonoh Di Hadapan Adik Ipar Bawah Umur Dan Ibu Mertua, Lelaki Ditangkap Di Miri
Next Article Bahan Letupan Dibawa Meletup, Penunggang Motosikal Maut Manakala Pembonceng Cedera Parah Di Sibu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?