I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bahan Letupan Dibawa Meletup, Penunggang Motosikal Maut Manakala Pembonceng Cedera Parah Di Sibu

Oleh Husna Hazmi
10 Jun 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Bahan letupan yang dibawa dipercayai digunakan untuk memburu binatang di hutan berdekatan.

Bahan Letupan Dibawa Meletup, Penunggang Motosikal Maut Manakala Pembonceng Cedera Parah Di Sibu. Dipetik daripada laporan BERNAMA, seorang penunggang motosikal maut manakala pemboncengnya cedera parah selepas sejenis bahan letupan yang dibawa mereka meletup dalam kejadian berhampiran rumah panjang di Jalan Sungai Pidi, Meradong petang semalam.

Bahan Letupan Dibawa Meletup, Penunggang Motosikal Maut Manakala Pembonceng Cedera Parah Di Sibu
Bahan Letupan Dibawa Meletup, Penunggang Motosikal Maut Manakala Pembonceng Cedera Parah Di Sibu

Penunggang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemboncengnya cedera parah

Menurut Ketua Polis Daerah Meradong DSP Sekam Anoi, mangsa adalah Lawrence Lujang, 23, telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemboncengnya yang dikenal pasti sebagai Ching Lamba, 53, cedera parah di bahagian kaki serta paha, dan kini dirawat di Hospital Sarikei.

“Polis telah menerima panggilan daripada orang awam pada kira-kira 6.24 petang, memaklumkan telah mendengar bunyi letupan kuat di jalan itu yang menuju ke rumah panjang Mandau di Bakong,” kata beliau dalam kenyataan, pada hari ini.

Bahan Letupan Dibawa Meletup, Penunggang Motosikal Maut Manakala Pembonceng Cedera Parah Di Sibu

Bahan letupan buatan sendiri

Beliau turut berkata bahawa, siasatan awal mendapati bahan letupan yang dibawa kedua-dua lelaki berkenaan merupakan bahan letupan buatan sendiri dan dipercayai digunakan untuk memburu binatang di hutan berdekatan.

“Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti jenis dan cara buatan bahan letupan berkenaan.

“Polis memandang serius perbuatan ini yang bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga orang ramai,” jelas beliau, menambah bahawa kes ini bakal disiasat menurut Seksyen 5 Akta Bahan Letupan 1957.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sabah Peruntukan Sebanyak 10,000 Komputer Riba Percuma Untuk Pelajar SPM, STPM Dan STAM
Next Article Balasan Aniaya Binatang, 4 Lelaki Dicekup Ketika Sedang Asyik Menyabung Ayam Semasa PKP Di Simunjan

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?