• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Saintis Australia Jumpa Penawar Yang Boleh Membunuh Virus COVID-19 Dalam Masa 48 Jam

Oleh
Ismail NA
4 April 2020
Kongsi
4 Min Bacaan

Ia Adalah Sejenis Ubat Anti-Parasit Yang Digunakan Untuk Membunuh Kutu Rambut

Saintis Australia Jumpa Penawar Yang Boleh Membunuh Virus COVID-19 Dalam Masa 48 Jam. Berikutan penularan wabak COVID-19 yang semakin melarat di seluruh dunia, saintis kesihatan kini mengejar masa untuk menghasilkan penawar sebelum dunia mencatatkan lebih banyak jumlah kematian akibat pembunuh senyap ini.

Terbaharu, sekumpulan saintis di sebuah universiti di Australia telah menemui penawar untuk membunuh virus COVID-19 dalam masa 48 jam sahaja. Ubat yang dinamakan sebagai Ivermectin tersebut merupakan sejenis ubat anti-parasit yang kebiasaannya digunakan untuk membunuh kutu rambut dan terdapat di seluruh dunia.

Kajian tersebut telah diterbitkan dalam jurnal Antiviral Research pada Jumaat yang lepas.

Saintis Australia Jumpa Penawar Yang Boleh Membunuh Virus COVID-19 Dalam Masa 48 Jam
Kredit : Daily Mail UK

Satu Dos Ivermectin Berupaya Hapuskan Semua RNA Viral Dalam Masa 48 Jam

Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis dari Institut Penerokaan Bioperubatan, Universiti Monash bersama Insitut Jangkitan dan Imuniti Peter Doherty, telah mendapati bahawa satu dos Ivermectin berupaya untuk menghentikan pembiakan virus SARS-CoV-2 dalam sel kultur.

Menurut Dr Kylie Wagstaff, saintis di Institut Penerokaan Bioperubatan Monash, satu dos ubat tersebut ternyata berupaya untuk menghapuskan semua RNA viral, termasuklah kesemua bahan genetik virus dalam masa 48 jam. Malah, dalam masa 24 jam, sudah terdapat pengurangan jumlah virus yang signifikan.

Saintis Australia Jumpa Penawar Yang Boleh Membunuh Virus COVID-19 Dalam Masa 48 Jam
Saintis Australia Jumpa Penawar Yang Boleh Membunuh Virus COVID-19 Dalam Masa 48 Jam. Kredit : GETTY

Walau pun belum diketahui dengan jelas bagaimana Ivermectin melawan virus tersebut, namun ia dipercayai memberhentikan aktiviti virus yang melemahkan sel perumah yang sepatutnya melawan virus tersebut.

Potensi Ivermectin Sebagai Penawar COVID-19 Adalah Berita Baik Menurut Pakar

Dalam perkembangan lain, Dr. Leon Caly, pakar identifikasi virus dari Makmal Rujukan Penyakit Berjangkit Victoria yang berpengalaman membuat isolasi dan perkongsian tentang SARS-CoV-2 di luar China pada Januari 2020, berpendapat bahawa penggunaan Ivermectin sebagai ubat yang berpotensi untuk merawat COVID-19 adalah satu berita baik.

Ini kerana kajian tentang ubat-ubatan yang telah lama ada dalam dunia perubatan adalah satu kelebihan berbanding kajian ubat baru yang memerlukan masa yang lebih lama untuk memastikan ia benar-benar selamat sebelum digunakan oleh manusia.

Saintis Monash kini menjelaskan bahawa langkah yang perlu dilakukan sekarang ialah menentukan dos yang sesuai untuk kegunaan in-vitro pada manusia.

Memandangkan keadaan pandemik yang semakin melarat dan tiada sebarang rawatan khusus yang diluluskan sehingga kini, sebarang kompaun ubat yang terbukti berkesan dan ada di seluruh dunia tentunya dapat membantu merawat pesakit secepat yang mungkin.

Secara realistiknya, ia mungkin akan mengambil sedikit masa lagi sebelum vaksin diperolehi di seluruh dunia.

Pihak saintis turut menjangkakan bahawa ia memerlukan tempoh masa sebulan sebelum ujikaji terhadap manusia dapat dilaksanakan.

Perlu Dana Segera Untuk Ujian Pra Klinikal Dan Percubaan Klinikal

Walau bagaimanapun, dana sangat diperlukan ketika ini untuk membiayai ujian pra klinikal dan percubaan klinikal sebelum Ivermectin dapat digunakan sebagai ubat untuk melawan COVID-19.

Saintis Australia Jumpa Penawar Yang Boleh Membunuh Virus COVID-19 Dalam Masa 48 Jam
Kredit : Daily Mail UK

Ivermectin merupakan ubat yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) dan digunakan secara in-vitro sejak 1980-an untuk merawat penyakit berkaitan virus seperti HIV, Zika, denggi dan influenza.

Selain itu, ia juga digunakan secara luaran untuk membunuh penyakit berkaitan parasit seperti kutu rambut, kudis buta, buta sungai (onchocerciasis) serta penyakit kulit seperti rosacea.

Jika benar ubat ini mampu membunuh virus COVID-19 secepat itu, diharap ia boleh menjadi penawar untuk segala masalah yang melanda dunia sekarang.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Masih Ada Yang Ingkar Arahan PKP, 37 Orang Ditangkap Dalam Masa 24 Jam Ingkar PKP : 93 Orang Telah Dipenjara, 401 Orang Telah Ditangkap Setakat Ini Di Sarawak
Next Article TERKINI : Malaysia Catat 150 Kes Positif Baharu, 88 Kes Sembuh Hari Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?