• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
#innovatesarawak

Saksikan Sesi Pitch 5 Startup Sarawak Pada Hari Demo TEGAS Startup Lab Batch #3

Oleh
Ismail NA
27 Januari 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Sesi pitching ini akan disiarkan secara langsung di Facebook rasmi TEGAS Digital Innovation Hub pada Sabtu ini.

Saksikan Sesi Pitch 5 Startup Sarawak Pada Hari Demo TEGAS Startup Lab Batch #3. Sekiranya anda pernah menonton drama Korea, Start-Up yang hangat diperkatakan tahun lalu, pasti anda kini mengetahui istilah pitching dan demo day (hari demo). Tahukah anda bahawa program yang sama juga turut diadakan di Sarawak?

Isi Isi Penting
  • Sesi pitching ini akan disiarkan secara langsung di Facebook rasmi TEGAS Digital Innovation Hub pada Sabtu ini.
  • Alumni TSL bakal mendapat akses ke Digital Marketing Institute Ireland dan Hub Inovasi Digital TEGAS secara percuma
  • Demo Day TSL Batch #3 diadakan secara 100% atas talian
  • TSL jadi medan untuk mempromosikan inovasi digital di Sarawak
  • Lagi artikel menarik berkaitan startup di Sarawak :

Bahkan sesi pitching dan hari demo program ini telah memasuki edisi ketiga untuk sesi 2020/2021!

TEGAS Startup Lab (TSL) Batch #3 kini hampir melabuhkan tirainya dengan sesi pitching 5 syarikat pemula atau startup Sarawak bakal diadakan pada Virtual Demo Day yang berlangsung 30 Januari, Sabtu ini.

Saksikan Sesi Pitch 5 Startup Sarawak Pada Hari Demo TEGAS Startup Lab Batch #3
Saksikan Sesi Pitch 5 Startup Sarawak Pada Hari Demo TEGAS Startup Lab Batch #3

Alumni TSL bakal mendapat akses ke Digital Marketing Institute Ireland dan Hub Inovasi Digital TEGAS secara percuma

Program berdurasi 5 bulan ini telah bermula sejak bulan Ogos 2020 dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), WatchTower & Friends serta pitchIN. Batch ketiga ini telah mengetengahkan 5 startup dari Kuching, Bintulu dan Miri iaitu Volume R&D, Darmadia, Borneo Digital, Call Aladdin dan RealFun Learning.

Untuk pengetahuan ini, kesemua startup yang menamatkan sesi pitching ini bakal digelar sebagai Alumni TSL Batch 3 dan diberikan akses ke kursus atas talian oleh Digital Marketing Institute Ireland dan akses 6 bulan di hub inovasi digital TEGAS di Kuching, Bintulu dan Miri.

Sepanjang tempoh 5 bulan sebelum ini, kesemua startup ini telah belajar, membina jaringan serta dipandu oleh mentor daripada startup terbaik Malaysia. Bukan itu sahaja, mereka juga telah dibimbing oleh usahawan yang berpengalaman serta pakar industri dalam ekosistem startup. 4 daripada 5 startup yang menyertai batch kali ini adalah alumni program pecutan TEGAS Pre-Accelerator sebelum ini.

Saksikan Sesi Pitch 5 Startup Sarawak Pada Hari Demo TEGAS Startup Lab Batch #3

Demo Day TSL Batch #3 diadakan secara 100% atas talian

Berbeza dengan sebelum ini, Virtual Demo Day untuk batch ini bakal diadakan secara maya atau virtual di mana 5 startup ini bakal melakukan sesi pitching kepada para pelabur angel (angel investor), kerajaan, agensi pembiayaan , pembuat polisi, penyelidikan dan akademik serta rakan ekosistem.

Diperkenalkan pada tahun 2018, TSL ialah program pecutan 5 bulan untuk syarikat pemula peringkat awal yang bertujuan untuk menghubungkan mereka kepada mentor, pelabur, dan pakar industri yang tepat untuk mencapai pertumbuhan perniagaan yang cepat dan berskala besar. TSL juga telah melahirkan beberapa alumni yang dikenali di Sarawak seperti WeGO, Miracolo, HAUS KCH, Founders Malaysia, dan Ctrl D Studio.

Hadir pada Virtual Demo Day tersebut adalah Pengerusi TEGAS, YB Datu Haji Len Talif Salleh serta pengasas dan CEO pitchIN, Sam Shafie, untuk sesi perasmian dan ucapan keynote.

Saksikan Sesi Pitch 5 Startup Sarawak Pada Hari Demo TEGAS Startup Lab Batch #3

TSL jadi medan untuk mempromosikan inovasi digital di Sarawak

Jelas Pengerusi TEGAS, YB Datu Haji Len Talif Salleh, TSL dilaksanakan selari dengan misi kerajaan Sarawak untuk meningkatkan jumlah technopreneurs yang berjaya serta mempromosikan inovasi digital dan keusahawanan di negeri ini.

Justeru, program pecutan adalah pelaburan kerajaan untuk melahirkan startup yang berpotensi untuk Perkampungan Digital TEGAS sekaligus memperkasakan usahawan muda di Sarawak untuk berkembang ke peringkat global.

Anda boleh menyaksikan sesi pitching Virtual Demo Day secara langsung di Facebook rasmi TEGAS Digital Innovation Hub pada 30 Januari 2021 jam 2.30 petang.

Selamat maju jaya buat startup TSL Batch #3!

Lagi artikel menarik berkaitan startup di Sarawak :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Akan Lanjutkan PKP Dan PKPB Sehingga 14 Februari 2021
Next Article Berikut Adalah 10 Kluster COVID-19 Yang Masih lagi Aktif Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?