fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home #innovatesarawak
Artikel Ini Dibawakan Khas Oleh

Nikmati Pas Co-Working Hub Inovasi Digital TEGAS Secara Percuma Selaras Dengan Pengumuman BKSS 5.0

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
21 Januari 2021
Nikmati Pas Co-Working Hub Inovasi Digital TEGAS Secara Percuma Selaras Dengan Pengumuman BKSS 5.0
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Ini peluang anda menikmati ruang bekerja secara percuma!

Nikmati Pas Co-Working Hub Inovasi Digital TEGAS Secara Percuma Selaras Dengan Pengumuman BKSS 5.0. Mengimpikan untuk bekerja dengan ruang pejabat yang selesa dan kondusif? Hub Inovasi Digital TEGAS kini menawarkan pas co-working secara percuma kepada semua syarikat pemula dan usahawan sosial Sarawak yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Pas co-working percuma selama 6 bulan ini adalah salah satu inisiatif yang selaras dengan pengumuman Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 5.0 oleh Yang Berbahagia Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari.

ADVERTISEMENT

Usahawan Sarawak bakal menikmati fasiliti dan program anjuran DIH dari Januari hingga Jun 2021 dengan pas co-working ini

Pakej pas co-working percuma yang bermula pada Januari sehingga Jun 2021 ini bakal memberikan sokongan kepada usahawan Sarawak sepanjang waktu yang mencabar ini. Menurut Pengerusi Tabung Gagasan Anak Bumiputera (TEGAS), Datu Haji Len Taliff, merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, DIH menawarkan sokongan kepada para usahawan secara berkala melalui webinar percuma, bengkel pembangunan kapasiti secara atas talian dan program pecutan bersama secara atas talian.

Bukan itu sahaja, pejabat maya (virtual) juga turut disediakan dengan kadar sewaan yang berpatutan.

ArtikelBerkaitan

Ingin Menjadi Pengasas Muda? Sertai Program Terbaru TEGAS Youth Founder Mentoring Sekarang

Peserta Social Impact Accelerator (SIA) Bakal Pamer Keunikan Bisnes Menerusi Virtual Demo Day Anjuran TEGAS

ADVERTISEMENT
Nikmati Pas Co-Working Hub Inovasi Digital TEGAS Secara Percuma Selaras Dengan Pengumuman BKSS 5.0
Nikmati Pas Co-Working Hub Inovasi Digital TEGAS Secara Percuma Selaras Dengan Pengumuman BKSS 5.0

Hub Inovasi Digital TEGAS (DIH) juga berperanan sebagai platform inklusif untuk menyokong dan memperkasakan syarikat pemula peringkat awal dan perusahaan sosial di Sarawak.

Dengan pembiayaan daripada Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dan diuruskan oleh TEGAS, DIH menawarkan akses kepada ruang co-working yang mampu milik, pembelajaran keusahawanan, inisiatif program pecutan serta akses kepada jaringan Ekosistem Digital Sarawak (Sarawak Digital Ecosystem).

ADVERTISEMENT

Untuk maklumat lanjut serta sebarang pertanyaan tentang tawaran pas co-working ini, anda boleh menghubungi pihak DIH di talian berikut atau emelkan ke [email protected].

DIH Kuching : 082-552 003

DIH Bintulu : 086-344 731

DIH Miri : 085-321 511

Tertakluk kepada terma dan syarat.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang program anjuran Hub Inovasi TEGAS? Baca artikel ini :

Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy