• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Salah Seorang Pegawai Dewan Negara Disahkan Positif COVID-19, Anggota Parlimen Lain Mungkin Dijangkit

Oleh
ILB - AI
2 November 2020
Kongsi
3 Min Bacaan
Salah Seorang Pegawai Dewan Negara Disahkan Positif COVID-19, Anggota Parlimen Lain Mungkin Dijangkit

Sesi parlimen sepanjang minggu ini akan dipendekkan apabila Belanjawan 2021 dijadualkan untuk dibentangkan

Salah Seorang Pegawai Dewan Negara Disahkan Positif COVID-19, Anggota Parlimen Lain Mungkin Dijangkit. Menurut sebuah kenyataan rasmi dari Ahli Dewan Negara, Ras Adiba Radzi, beliau mengesahkan bahawa salah seorang pegawai khasnya, Ras Afiona Radzi, yang juga adiknya, telah disahkan positif Covid-19 setelah menjalani ujian saringan. Pegawai tersebut kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Susulan itu, sesi parlimen sepanjang minggu ini akan dipendekkan dari pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari (kecuali hari Jumaat) ketika Belanjawan 2021 dijadualkan untuk dibentangkan.

Salah Seorang Pegawai Dewan Negara Disahkan Positif COVID-19, Anggota Parlimen Lain Mungkin Dijangkit

Kemungkinan beberapa anggota Dewan Negara lain dijangkiti

Menurut Menteri Undang-Undang, Takiyuddin Hassana, beliau mengatakan bahawa seorang pegawai Dewan Negara telah disahkan positif virus tersebut. Tambahnya lagi, ada kemungkinan beberapa anggota Dewan Negara lain juga dijangkiti setelah melakukan kontak rapat dengan kes positif terbabit.

The daily parliamentary session will be shortened till 1 pm this week except for Friday when budget 2021 is scheduled to be tabled. Law minister Takiyuddin explained that there’s a need for additional SOP because the senate has reported a positive #COVID19 case. pic.twitter.com/rDK5vUzYi6

— Melissa Goh (@MelGohCNA) November 2, 2020

Hal ini kerana kes positif berkenaan mempunyai hubungan kekeluargaan kepada salah seorang anggota Dewan Negara.

Menurut makluman bahawa adiknya (kes positif terbabit) disahkan positif menerusi Twitter, Ras Adiba Radzi mengatakan,

“Untuk makluman semua, saya dan seramai 10 ahli keluarga saya sedang menunggu keputusan saringan Covid-19. Dalam kesempatan ini, saya ingin memohon maaf jsekiranya menyusahkan mana-mana pihak susulan kejadian yang telah menimpa saya dan keluarga.”

Keperluan untuk SOP tambahan

Takiyuddin Hassan juga mengatakan bahawa ada keperluan untuk SOP tambahan dan penyesuaian mengenai waktu sesi parliment. Menurut beliau, sesi perlu mengikut penyesuaian waktu parlimen dan sesi malam tidak diperlukan.

Tambahnya lagi, sehingga 1 November, prosedur pembersihan dilakukan termasuk satu sesi oleh Unit Bomba. Selain itu, dewan parlimen juga telah disanitasikan pagi ini bermula jam 7AM dan berakhir selepas jam 9AM.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tahukah Anda Air Minuman Teh C Special Buat Pertama Kalinya Boleh Didapati Di Dalam Tin
Next Article 3 Jenama Telco Dengan Prestasi Terbaik Di Sabah Sarawak Untuk Tahun 2020

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?