• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

3 Jenama Telco Dengan Prestasi Terbaik Di Sabah Sarawak Untuk Tahun 2020

Oleh
Ismail NA
2 November 2020
Kongsi
5 Min Bacaan

Cuba teka telco yang mana satu?

3 Jenama Telco Dengan Prestasi Terbaik Di Sabah Sarawak Untuk Tahun 2020. Sejak dunia dilanda pandemik, internet yang pantas tidak lagi tergolong sebagai suatu kehendak tetapi sebaliknya ia adalah suatu keperluan memandangkan segala-galanya kini beralih ke atas talian. Bukan itu sahaja, banyak lagi faktor lain yang mempengaruhi pemilihan telco yang terbaik untuk para pengguna.

Isi Isi Penting
  • Cuba teka telco yang mana satu?
  • Digi, Maxis dan U Mobile : Telco Terbaik Di Sabah Dan Sarawak
  • Maxis raja muat turun se-Malaysia
  • Maxis jadi raja pecut data internet, Celcom penakluk wilayah 4G
  • Baca juga 3 telco terbaik untuk Sabah dan Sarawak pada tahun lalu :

Secara umumnya, kelima-lima syarikat telco utama Malaysia iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Unifi dan Yes telah mencapai rangkaian 4G melebihi 80% di Malaysia. Syarikat telekomunikasi Celcom telah mendominasi kategori liputan rangkaian 4G di seluruh Malaysia. Malah, syarikat telco tersebut turut merangkul prestasi terbaik untuk pengalaman rangkaian 4G.

Tahun lalu, telco Celcom, Maxis dan Digi dikatakan sebagai telco terbaik yang patut anda gunakan di Sabah dan Sarawak. Adakah prestasinya masih sama seperti tahun lalu? Jom kita semak!

3 Jenama Telco Dengan Prestasi Terbaik Di Sabah Sarawak Untuk Tahun 2020
Kredit foto : Vulcanpost

Menerusi laporan Opensignal pada tahun awal Oktober 2020, lima kekuatan jaringan telekomunikasi di Malaysia telah diuji untuk menentukan prestasi terbaik masing-masing. Ternyata, 3 jenama telco ini telah menduduki tangga teratas dalam 3 aspek yang diuji iaitu; penstriman video, kelajuan muat turun, pengalaman permainan mobil, dan kelajuan muat naik.

3 Jenama Telco Dengan Prestasi Terbaik Di Sabah Sarawak Untuk Tahun 2020
3 Jenama Telco Dengan Prestasi Terbaik Di Sabah Sarawak Untuk Tahun 2020
Sumber : Opensignal

Digi, Maxis dan U Mobile : Telco Terbaik Di Sabah Dan Sarawak

Ketiga-tiga telco ini menduduki tempat pertama untuk kategori masing-masing.

Di Sabah, Digi mempunyai prestasi terbaik dalam pengalaman penstriman video dengan meraih mata sebanyak 54 poin manakala Unifi mendapat poin terendah iaitu sekitar 42.1 poin. Prestasi cemerlang Digi ini tentunya dilihat sebagai suatu kelebihan untuknya memandangkan kini para pelajar dan orang ramai bergantung kepada sidang atas talian untuk melaksanakan mesyuarat, perjumpaan, kelas dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, dari segi pengalaman permainan mobil, dapat dilihat bahawa penggunaan telco Yes dan Unifi adalah yang paling baik dan lancar setakat ini. Bagi pengalaman muat turun pula, Maxis menempatkan dirinya jauh daripada pesaingnya dengan kadar muat naik terpantas setinggi 11.9 Mbps. Ia kemudian diikuti oleh Digi (10 Mbps), U Mobile (9.7 Mbps), Celcom (7.5 Mbps), Unifi (6.3 Mbps) dan terakhir sekali ialah Yes (5.7 Mbps).

Jika anda sering memuat naik video dan bahan-bahan ke atas talian pula, telco U Mobile mungkin boleh dipertimbangkan kerana ia mempunyai kepantasan muat naik yang tertinggi iaitu pada kadar 6.2 Mbps. Digi berada di tempat kedua dengan kelajuan 4.5 Mbps meninggalkan telco lain. Yes pula mempunyai kadar muat naik terendah iaitu hanya 1.3 Mbps sahaja.

3 Jenama Telco Dengan Prestasi Terbaik Di Sabah Sarawak Untuk Tahun 2020

Maxis raja muat turun se-Malaysia

Di Sarawak, ketiga-tiga telco yang sama turut mendominasi tangga teratas prestasi dalam kategori yang diuji.

Nampaknya, bagi kategori pengalaman penstriman video, pengguna Digi mencatatkan pengalaman terbaik dengan poin setinggi 59.2. Tempat kedua pula diduduki oleh Maxis manakala telco yang mencatatkan prestasi terendah adalah Unifi. Pengalaman permainan mobil pula didominasi oleh pemenang bersama iaitu Digi dan Unifi.

Sepertimana di Sabah, Maxis turut menjuarai kepantasan muat turun di Sarawak dengan kadar 14.3 Mbps, sedikit tinggi daripada di Sabah. Begitu juga dengan kepantasan muat naik, para pengguna U Mobile di Sabah dan Sarawak pastinya tersenyum lebar kerana pengalaman muat naik telco tersebut adalah yang terpantas setakat ini mengalahkan 4 telco utama lain.

3 Jenama Telco Dengan Prestasi Terbaik Di Sabah Sarawak Untuk Tahun 2020

Maxis jadi raja pecut data internet, Celcom penakluk wilayah 4G

Secara keseluruhannya, prestasi telco pada tahun ini menunjukkan perubahan kedudukan pesaing. Maxis begitu cemerlang dalam 3 kategori iaitu pengalaman penstriman video, pengalaman permainan mobil, dan kelajuan muat turun. Celcom berada di tempat yang kedua apabila cemerlang dengan liputan dan pengalaman rangkaian 4G.

3 Jenama Telco Dengan Prestasi Terbaik Di Sabah Sarawak Untuk Tahun 2020

Bagi pengguna yang memerlukan internet pantas dan lancar setiap hari, Maxis setakat ini dilihat sebagai pilihan utama. Namun, prestasi ini juga bergantung dengan liputan rangkaian di lokasi anda berada. Kadang kala, sesetengah liputan rangkaian telco tidak begitu kuat. Hal ini tentunya membazirkan wang anda untuk melanggan pelan yang sudah cukup baik namun terhalang akibat liputan yang lemah.

Bagaimana pendapat anda? Adakah laporan pada tahun ini menggambarkan situasi sebenar telco anda? Kongsikan jenama telco yang menjadi pilihan anda di ruangan komen.

Baca juga 3 telco terbaik untuk Sabah dan Sarawak pada tahun lalu :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Salah Seorang Pegawai Dewan Negara Disahkan Positif COVID-19, Anggota Parlimen Lain Mungkin Dijangkit Salah Seorang Pegawai Dewan Negara Disahkan Positif COVID-19, Anggota Parlimen Lain Mungkin Dijangkit
Next Article Kanak-Kanak Berusia Tiga Tahun Parah Di Kepala Diserang Anjing Jiran

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?