• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Samarahan, Sri Aman Dan Serian Catat Pencemaran Udara Tidak Sihat Hari Ini

Oleh
Nazihah AN
28 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Samarahan, Sri Aman Dan Serian Catat Pencemaran Udara Tidak Sihat Hari Ini

3 kawasan di Sarawak berada dalam kategori udara tidak sihat berdasarkan data APIMS.

Samarahan, Sri Aman Dan Serian Catat Pencemaran Udara Tidak Sihat Hari Ini. Kualiti udara di tiga kawasan di Sarawak, termasuk Sri Aman, Samarahan, dan Serian, dilaporkan tidak sihat berdasarkan data terkini dari Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS).

Pada jam 2 petang hari ini, Serian mencatatkan pembacaan indeks pencemaran udara (API) tertinggi dengan 158, diikuti oleh Samarahan dengan 152 dan Sri Aman dengan 113.

Samarahan, Sri Aman Dan Serian Catat Pencemaran Udara Tidak Sihat Hari Ini
Sumber gambar: Buletin TV3

Kawasan lain di Sarawak menunjukkan pembacaan API yang berada dalam kategori sihat dan sederhana

Sri Aman telah menunjukkan kualiti udara yang kurang memuaskan sejak semalam, manakala Serian dan Samarahan mula menunjukkan penurunan kualiti udara sejak malam tadi dan awal pagi hari ini.

Sementara itu, kawasan lain di Sarawak menunjukkan pembacaan API yang berada dalam kategori sihat dan sederhana. Sebagai rujukan, API antara sifar hingga 50 dianggap baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, dan melebihi 300 dianggap berbahaya.

Samarahan, Sri Aman Dan Serian Catat Pencemaran Udara Tidak Sihat Hari Ini

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Dr Hazland Abang Hipni, telah mengesahkan bahawa Lembaga Sumber Alam dan Persekitaran Negeri (NREB) telah mengambil tindakan dengan menghentikan pengeluaran permit pembakaran terbuka. Selain itu, notis larangan pembakaran terbuka juga telah dikeluarkan kepada pemaju-pemaju projek.

Ditambah lagi, NREB telah menganjurkan program kesedaran mengenai dampak negatif pembakaran terbuka untuk memastikan udara di negeri ini kekal dalam keadaan yang baik untuk penduduknya.

Samarahan, Sri Aman Dan Serian Catat Pencemaran Udara Tidak Sihat Hari Ini

Pihak berkenaan diminta untuk meningkatkan usaha pemantauan dan tindakan pencegahan bagi memastikan kesihatan awam terjamin.

Lagi artikel menarik anda boleh baca di pautan bawah:

TYT Sarawak Buat Penampilan Umum Pertama Di Padang Merdeka Setelah Balik Dari Turkiye
Tampil Bergaya Rupanya Kantoi Pencuri, Individu Ini Dedah Tiktoker Sering Curi Barang Roommate
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article DuitNow QR Sahkan Caj Transaksi Kuat Kuasa 1 November, Ini Penjelasan Rasmi Dari PayNet DuitNow QR Sahkan Caj Transaksi Kuat Kuasa 1 November, Ini Penjelasan Rasmi Dari PayNet
Next Article ‘Macam Permukaan Bulan’, Keadaan Terkini Sebahagian Jalan Raya Di Sabah Curi Tumpuan Ramai

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?