• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

DuitNow QR Sahkan Caj Transaksi Kuat Kuasa 1 November, Ini Penjelasan Rasmi Dari PayNet

Oleh
Aina Musa
28 September 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
DuitNow QR Sahkan Caj Transaksi Kuat Kuasa 1 November, Ini Penjelasan Rasmi Dari PayNet

Sah pengguna bakal dikenakan caj

DuitNow QR Sahkan Caj Transaksi Kuat Kuasa 1 November, Ini Penjelasan Rasmi Dari PayNet. Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), pengendali DuitNow QR mengesahkan akan mengenakan caj transaksi kepada pengguna aplikasi tersebut berkuat kuasa 1 November depan.

PayNet dalam satu kenyataan memberitahu, sewaktu aplikasi DuitNow QR diperkenalkan pada tahun 2019, pengendali tidak mengenakan sebarang caj kadar diskaun pedagang atau ‘merchant discount rate’ (MDR).

DuitNow QR Sahkan Caj Transaksi Kuat Kuasa 1 November, Ini Penjelasan Rasmi Dari PayNet
DuitNow QR Sahkan Caj Transaksi Kuat Kuasa 1 November, Ini Penjelasan Rasmi Dari PayNet. Kredit: Astro Awani

“Pengecualian pembayaran itu kemudiannya dilanjutkan berikutan penularan wabak COVID-19 dan ia bukan bayaran baharu mahupun tambahan sebaliknya penamatan MDR yang sepatutnya dilakukan sembilan bulan lalu,” kata kenyataan itu pada Khamis.

Media pada Selasa melaporkan caj transaksi akan berkuat kuasa di semua bank mulai 1 November dan jumlah bayaran yang dikenakan ke atas akaun peniaga apabila menerima bayaran melalui DuitNow akan berbeza-beza berdasarkan cara pemindahan.

DuitNow QR Sahkan Caj Transaksi Kuat Kuasa 1 November, Ini Penjelasan Rasmi Dari PayNet

Mengulas lanjut, PayNet berkata, e-pembayaran yang dibuat melalui aplikasi berkenaan kepada mana-mana peniaga tidak akan menjejaskan harga barangan dan perkhidmatan.

Jelas syarikat berkenaan, peniaga akan menerima bayaran yang dibuat oleh pelanggan mereka selepas ditolak MDR dan ketika ini pembayaran kad debit dan kredit dikenakan MDR manakala terdapat penepian atau ‘waiver’ MDR pada pembayaran QR.

Dalam pada itu, berkenaan isu caj RM0.50 untuk urus niaga melebihi RM5,000, PayNet berkata, bayaran tersebut dikenakan untuk pemindahan dana peer-to-peer daripada QR peribadi ke QR peribadi lain.

“Ini sama sekali tidak berkaitan dengan pembayaran QR pertama yang disebut kepada pedagang dan dalam keadaan apa pun kedua-dua yuran tidak akan dikenakan untuk transaksi sama,” kata kenyataan itu.

DuitNow QR Sahkan Caj Transaksi Kuat Kuasa 1 November, Ini Penjelasan Rasmi Dari PayNet

Pada masa sama, PayNet memaklumkan dana rizab bakal diwujudkan menerusi MDR yang dikutip untuk memberi insentif kepada pemeroleh supaya tidak mengenakan sebarang MDR kepada peniaga kecil.

“Walaupun PayNet tidak berada dalam kedudukan untuk menentukan harga pasaran yang dikenakan kepada peniaga, beberapa bank dan pemeroleh pihak ketiga berhasrat untuk sama ada terus menangguhkan mengenakan MDR atau menyerapnya untuk perniagaan yang lebih kecil.

“Dalam hal ini, peniaga harus menyemak dengan bank atau pemeroleh pihak ketiga mereka untuk mengesahkan perkara ini,” kata kenyataan itu.

Baca lagi artikel menarik:

Ini 3 Cara Mudah Penjaja Kecil Setup Kod QR DuitNow, Mudahkan Pelanggan Tak Bawa ‘Cash’
Pantas Dan Mudah, Individu Ini Kongsi 4 Kad Untuk Pembayaran ‘Cashless’ Ketika Melancong
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cemas Kepala Budak Tersepit Di Cermin Kereta, Ibu Cuai Tak Tengok Belakang
Next Article Samarahan, Sri Aman Dan Serian Catat Pencemaran Udara Tidak Sihat Hari Ini Samarahan, Sri Aman Dan Serian Catat Pencemaran Udara Tidak Sihat Hari Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?