• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sepak Takraw Kembali, Samarahan Dipilih Jadi Tuan Rumah Piala Sarawak 2025

Oleh
Farisha
17 April 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Piala Sarawak 2025, Sepak Takraw Bakal Gegar Samarahan Jun Ini

Sepak Takraw Kembali, Samarahan Dipilih Jadi Tuan Rumah Piala Sarawak 2025. Samarahan bakal jadi tumpuan peminat sepak takraw dari seluruh Sarawak apabila Kejohanan Sepak Takraw Piala Sarawak 2025 kembali menemui peminatnya bermula 20 hingga 22 Jun nanti.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS), Datuk Ismail Abang Saufi dalam satu sidang media sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri semalam mengesahkan bahawa Bahagian Samarahan telah dipilih sebagai tuan rumah untuk edisi kali ini.

Sepak Takraw Kembali, Samarahan Dipilih Jadi Tuan Rumah Piala Sarawak 2025
Sepak Takraw Kembali, Samarahan Dipilih Jadi Tuan Rumah Piala Sarawak 2025. Gambar sekadar ilustrasi.

“Kita bermesyuarat bersama-sama barisan exco bagi membincangkan pelbagai perkara termasuk penganjuran Piala Sarawak 2025,” jelas beliau, menurut laporan media tempatan.

Menurutnya lagi, lokasi gelanggang rasmi bagi kejohanan ini masih belum dimuktamadkan setakat ini, namun persiapan sudah pun bermula.

Bukan Kejohanan Biasa-Biasa

Untuk yang belum tahu, Piala Sarawak merupakan kejohanan dwitahunan yang dianggap antara paling berprestij anjuran PSS. Ia menjadi pentas utama buat pasukan-pasukan tempatan mempamerkan kehebatan masing-masing, dan pastinya menjadi perhatian penggemar sukan tradisional ini.

Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja menghidupkan semangat kesukanan rakyat Sarawak, malah ia juga satu inisiatif penting dalam memperkasa dan memartabatkan sukan warisan seperti sepak takraw agar terus relevan di kalangan generasi muda.

Harapan Tinggi, Debaran Meningkat

Dengan pengumuman ini, sudah tentu tumpuan kini terarah kepada siapa yang akan menjadi juara kali ini. Adakah pasukan kegemaran akan mengekalkan prestasi? Atau bakal muncul juara baharu yang menggegarkan gelanggang Samarahan?

Apa pun jawapannya, satu perkara pasti — pemilik kaki ‘libas padu’ seluruh negeri, sila bersiap sedia!

Kalau anda peminat tegar sepak takraw, jangan lupa mark kalendar anda: 20–22 Jun 2025, dan nantikan perkembangan lanjut termasuk lokasi rasmi kejohanan. Siapa tahu, mungkin anda boleh saksikan bakat masa depan negara beraksi secara langsung depan mata.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Sarawak Jadi Tuan Rumah Terbanyak Acara Sukan Di Sukan SEA 2027
Malaysia Terima Tawaran SEAGF, Sarawak Dipiliih Jadi Tuan Rumah Sukan SEA 2027
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hospital Miri Kongsi Kisah Pengikrar Penderma Organ Ini Raih Sebak Netizen Hospital Miri Kongsi Kisah Pengikrar Penderma Organ Ini Raih Sebak Netizen
Next Article MAG Tamat Operasi MASwings, Sarawak Bakal Ambil Alih Bermula Januari 2026 MAG Tamat Operasi MASwings, Sarawak Bakal Ambil Alih Bermula Januari 2026

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?