I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Sambut Dengan Romantis, Ini 5 Restoran Di Kuching Menawarkan Set Valentine’s Day Dengan Harga Bajet
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Sambut Dengan Romantis, Ini 5 Restoran Di Kuching Menawarkan Set Valentine’s Day Dengan Harga Bajet

Oleh Kedung BK 13 Februari 2023
Kongsi
5 Min Bacaan
Sambut Dengan Romantis, Ini 5 Restoran Di Kuching Menawarkan Set Valentine's Day Dengan Harga Bajet

Tak semestinya anda membawa pasangan anda, anda boleh juga membawa rakan atau seorang ahli keluarga anda

Sambut Dengan Romantis, Ini 5 Restoran Di Kuching Menawarkan Set Valentine’s Day Dengan Harga Bajet. Valentine’s Day semakin hampir dan beberapa restoran di Kuching kini menawarkan set untuk menyambut perayaan romantis ini. Jika anda teringin untuk menyambut Valentine’s Day pada harga yang berpatutan, maka artikel ini adalah untuk anda!

Dengan bajet kurang RM200 untuk satu pasangan, berikut adalah 5 restoran di Kuching yang menawarkan set Valentine’s Day pada harga yang berpatutan.

Sambut Dengan Romantis, Ini 5 Restoran Di Kuching Menawarkan Set Valentine’s Day Dengan Harga Bajet

Tirta Barong Kuching

Tirta Barong Kuching kini sedang membuat promosi Valentine’s Day dari 14 hingga 16 Februari 2023 untuk set mereka.

Dengan harga RM55 seorang dan RM100 satu pasangan, anda boleh menikmati menu 3 hidangan yang terdiri daripada smoked salmon salad, grilled chicken chop atau chicken spaghetti Bolognese dan brownies dengan aiskrim. Ia lebih baik untuk membuat tempahan awal set makanan anda untuk mengelakkan sebarang kelewatan dalam pesanan anda.

Kredit: FB Tirta Barong Kuching

The Coffee Factory

The Coffee Factory Kuching kini sedang membuat promosi untuk Valentine’s Day dengan harga RM130 satu pasangan.

Menu Hari Valentine mereka terdiri daripada set tiga hidangan, yang terdiri daripada cream of mushroom soup sebagai starter, fettucine dengan meatballs atau chicken roulade atau grilled fish dengan sos creamy lemon sebagai hidangan utama mereka.

Kredit: FB The Coffee Factory

Selesaikan hidangan anda dengan mana-mana sepotong kek yang tersedia pada hari itu dan nikmati makanan anda dengan minuman seperti ‘scarlett kiss’ atau ‘soulmate’s heart’.

Tempah Valentine’s Special anda hari ini dan The Coffee Factory akan menghadiahkan hadiah kecil khas untuk anda! Anda boleh membuat tempahan anda di pautan ini atau menghubungi mereka di +016-935 8592.

Kredit: FB The Coffee Factory

Howdy Grillhouse

Howdy Grillhouse menawarkan set tiga hidangan untuk menu Valentine’s Day mereka, yang termasuk hidangan entrĂ©e, hidangan utama dan pencuci mulut yang sedap!

Restoran ini menawarkan dua menu berbeza, dengan satu RM258 satu pasangan dan alternatif yang lebih murah iaitu RM138 satu pasangan.

Kredit: FB Howdy Grillhouse

Walaupun terdapat perbezaan harga, kedua-dua menu menawarkan hidangan yang sama baik dan sedap!

Hanya pada 14 Februari 2023, anda boleh menikmati tempahan anda dari 5PM – 10PM. Untuk tempahan, anda boleh menghubungi 010 203 2050 (cawangan Jalan Song) atau 016 303 2050 (cawangan Saradise).

Kredit: FB Howdy Grillhouse

The Tree Top (NON-HALAL)

Dengan harga RM178 untuk 2 pax, anda boleh menikmati Valentine’s Day Platter oleh The Tree Top yang terdiri daripada pasta keju krim dengan ham ayam, udang tempura rangup, fish fillet deep fried, daging babi panggang, roasted half chicken dengan sos sweet smoke, green salad sebagai hidangan sisi dan satu jag ‘love potion’ yang menyegarkan sebagai minuman. Enhance lagi pengalaman makan anda dengan ais krim raspberi!

Untuk membuat tempahan, anda boleh menghubungi Dennis (016-8585165) atau Desmond (011-16344687)

Kredit: FB The Tree Top

Heritage Central Cafe

Heritage Central Cafe akan menawarkan menu lima hidangan yang terdiri daripada appetizier, sup, cream cutter, hidangan utama dan pencuci mulut.

Dengan harga RM190 satu pasangan, anda boleh menikmati tomato salsa prawn bruschetta, sup roasted kubis bunga, sorbet limau strawberi, steak sirloin panggang dengan sos blackpepper yang dihidangkan dengan sayur akar dan potato au gratin ATAU salmon sear pan dengan sos BBQ dihidangkan dengan sayur akar dan potato au gratin.

Untuk pencuci mulut, nikmati apple crumble dengan aiskrim vanila dan ‘ti amor’ sebagai minuman anda.

Menu ini akan dihidangkan pada 14 Februari 2023 sahaja dari pukul 7PM – 10PM. Untuk membuat tempahan, anda boleh buat tempahan anda di pautan ini.

Kredit: FB Heritage Central Cafe

Lagi di sini:

Ada Food Truck Dan Pelbagai Aktiviti Menarik, Anda Wajib Singgah Ke ‘Fantasy Valentine Day’ Di Saradise
Lupa Tempah Dinner Date Untuk Valentine’s Day? Ini 5 Aktiviti Anda Boleh Lakukan Bersama Pasangan Anda!
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Menawarkan Menu Makanan Barat, Nikmati Hidangan Premium Di Royal Cuisine Saradise
Next Article YDP Agong 'Mengidam' Mahu Memandu Di Lebuh Raya Pan Borneo Santuni Rakyat Sabah Sarawak YDP Agong ‘Mengidam’ Mahu Memandu Di Lebuh Raya Pan Borneo Santuni Rakyat Sabah Sarawak

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?