• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

YDP Agong ‘Mengidam’ Mahu Memandu Di Lebuh Raya Pan Borneo Santuni Rakyat Sabah Sarawak

Oleh
Aina Musa
13 Februari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
YDP Agong 'Mengidam' Mahu Memandu Di Lebuh Raya Pan Borneo Santuni Rakyat Sabah Sarawak

Mahu pandu sendiri di Lebuh Raya Pan Borneo

YDP Agong ‘Mengidam’ Mahu Memandu Di Lebuh Raya Pan Borneo Santuni Rakyat Sabah Sarawak. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan impian untuk memandu menelusuri Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak.

Seri Paduka melahirkan rasa sukacita prestasi dengan pelaksanaan projek Fasa 1 Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak yang dimulakan pada 2015 serta dijangka siap sepenuhnya pada 2024.

YDP Agong 'Mengidam' Mahu Memandu Di Lebuh Raya Pan Borneo Santuni Rakyat Sabah Sarawak
YDP Agong ‘Mengidam’ Mahu Memandu Di Lebuh Raya Pan Borneo Santuni Rakyat Sabah Sarawak Kredit: Berita Harian

“Menjadi impian beta untuk memandu menelusuri Lebuh Raya Pan Borneo ini. Khusus untuk beta mengenali dengan lebih rapat lagi rakyat beta di pedalaman Bumi Kenyalang dan Negeri di Bawah Bayu.

Mahu dekati rakyat Sabah Sarawak

“Program kembara ini sedang dirangka oleh Istana Negara dengan kerjasama kerajaan Persekutuan, kerajaan Sabah dan Sarawak,” titah Al-Sultan Abdullah dalam Titah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15, di sini hari ini.

YDP Agong 'Mengidam' Mahu Memandu Di Lebuh Raya Pan Borneo Santuni Rakyat Sabah Sarawak

Selain memberi tumpuan kepada penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam melalui kemampanan sektor pembinaan, Al-Sultan Abdullah bertitah usaha membangun dan memperkasa ekonomi di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak perlu dipergiat.

Al-Sultan Abdullah bertitah, pembangunan Kompleks Mahkamah di Sabah dan Sarawak juga wajar diberikan perhatian bagi memperkasa pentadbiran undang-undang.

Tinjau sendiri projek di Sabah Sarawak

“Infrastruktur berkualiti dan perhubungan akses luar bandar akan ditingkatkan menerusi pembinaan jalan luar bandar, jambatan, utiliti bekalan air bersih, bekalan elektrik dan kediaman yang lebih baik.

YDP Agong 'Mengidam' Mahu Memandu Di Lebuh Raya Pan Borneo Santuni Rakyat Sabah Sarawak

“Jurang pembangunan ekonomi semua kaum dan etnik, termasuk Orang Asli akan terus ditangani bagi melahirkan masyarakat desa yang berdaya tahan dan berdaya saing,” titah Seri Paduka.

Dalam pada itu, Seri Paduka bertitah, kerajaan sudah mengambil tindakan segera dalam menyelesaikan isu-isu berhubung tuntutan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak mengenai pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.

Ini termasuk pemindahan kuasa kawal selia bekalan gas kepada kerajaan Sabah, mengiktiraf Jabatan Kerja Raya Sabah dan Sarawak sebagai jabatan teknik serta menambah baik tahap pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak.

Baca lagi artikel terkini:

Sambut Dengan Romantis, Ini 5 Restoran Di Kuching Menawarkan Set Valentine’s Day Dengan Harga Bajet
Menawarkan Menu Makanan Barat, Nikmati Hidangan Premium Di Royal Cuisine Saradise
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sambut Dengan Romantis, Ini 5 Restoran Di Kuching Menawarkan Set Valentine's Day Dengan Harga Bajet Sambut Dengan Romantis, Ini 5 Restoran Di Kuching Menawarkan Set Valentine’s Day Dengan Harga Bajet
Next Article Luang Bersama Tersayang Pada Hari Valentine, Ini Senarai Fine Dining Di Kuching Luang Bersama Tersayang Pada Hari Valentine, Ini Senarai Fine Dining Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?