• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sambutan Hari Raya Di Sarawak Dibenarkan, Terhad Untuk 7 Hari Sahaja

Oleh
Husna Hazmi
4 Mei 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Raya tahun ini dibenarkan pada hari pertama hingga hari ketujuh sahaja.

Sambutan Hari Raya Di Sarawak Dibenarkan, Terhad Untuk 7 Hari Sahaja. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Bagi sambutan Hari Raya pada tahun ini, sambutan adalah dibenarkan pada hari pertama hingga hari ketujuh sahaja dengan kehadiran dihadkan untuk ahli keluarga terdekat sahaja.

Walaubagaimanapun, perincian mengenai SOP akan disediakan di laman web rasmi Majlis Islam Sarawak dan maklumat yang lebih lanjut mengenai perkara ini akan diumumkan nanti.

Sambutan Hari Raya Di Sarawak Dibenarkan, Terhad Untuk 7 Hari Sahaja
Sambutan Hari Raya Di Sarawak Dibenarkan, Terhad Untuk 7 Hari Sahaja

Sarawak telah mencatatkan 620 kes baru COVID-19 iaitu kedua tertinggi di Malaysia

Selain itu, pada hari ini, Sarawak telah mencatatkan 620 kes baru COVID-19 iaitu kedua tertinggi di Malaysia. Sejumlah 64 peratus daripada kes hari ini dikesan di Daerah Bintulu, Miri, Kapit, Sibu dan Bukit Mabong.

Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Bintulu (128), Miri (82), Kapit (81), Sibu (55), Bukit Mabong (51), Kanowit (42), Sri Aman (27), Belaga (26), Kuching (18), Beluru (16), Lundu (12), Subis (12), Saratok (11), Tebedu (10), Song (7), Pakan (6), Sarikei (5), Sebauh (5), Tatau (4), Betong (4), Selangau (4), Bau (4), Mukah (3), Meradong (2), Dalat (2), Tanjung Manis (2) dan Serian (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 32,667 kes.

Pada hari ini, daerah Tatau telah kembali ke status Jingga daripada status Merah setelah merekodkan hanya 30 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Jumlah daerah berstatus Jingga sebanyak empat (4) daerah. Daerah Belaga pula telah bertukar ke status Merah daripada status Jingga setelah merekodkan 56 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Jumlah daerah berstatus Merah sebanyak 24 daerah. Manakala 12 daerah kekal berstatus Kuning dan tiada daerah berstatus Hijau.

Sambutan Hari Raya Di Sarawak Dibenarkan, Terhad Untuk 7 Hari Sahaja

Empat kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19

Hari ini terdapat empat (4) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 188 orang.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak juga telah mengisytiharkan dua (2) kluster baharu iaitu Kluster Mongkos, Tebedu dan Kluster Bungey, Betong.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelantar Minyak Velasto ‘Naga 7’ Perairan Malaysia Dan Brunei Tengelam Ke Dasar Laut
Next Article BPR Fasa Kedua Bakal Diagihkan Jumaat Ini Kepada 8.4 Juta Penerima

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?