• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

BPR Fasa Kedua Bakal Diagihkan Jumaat Ini Kepada 8.4 Juta Penerima

Oleh
Husna Hazmi
5 Mei 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) fasa kedua akan diterima mulai hari Jumaat ini.

BPR Fasa Kedua Bakal Diagihkan Jumaat Ini Kepada 8.4 Juta Penerima. Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuat secara berperingkat mulai hari Jumaat ini kepada 8.4 juta penerima melibatkan peruntukan berjumlah RM2.75 bilion.

BPR Fasa Kedua Bakal Diagihkan Jumaat Ini Kepada 8.4 Juta Penerima
BPR Fasa Kedua Bakal Diagihkan Jumaat Ini Kepada 8.4 Juta Penerima

Memberi manfaat kepada 3.6 juta isi rumah

Beliau berkata bahawa bantuan tersebut akan memberi manfaat kepada 3.6 juta isi rumah, satu juta warga emas (bujang atau tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang.

Bayaran akan dikreditkan terus kepada akaun bank penerima antara 7 Mei hingga 12 Mei, sementara bayaran bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak) akan dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Mei.

Semakan status kelulusan BPR boleh dibuat mulai Jumaat ini melalui pautan https://bpr.hasil.gov.my.

“Peningkatan peruntukan adalah berikutan penambahbaikan kadar bayaran kepada penerima. Jika dahulunya penerima dari kategori isi rumah menerima RM300 dan penerima bujang menerima RM150, kini pembayaran kepada penerima adalah di antara RM150 hingga RM600, berdasarkan kelayakan setiap penerima,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam.

BPR Fasa Kedua Bakal Diagihkan Jumaat Ini Kepada 8.4 Juta Penerima

Mereka yang telah ditolak permohonannya berpeluang untuk mengemukakan rayuan

Tengku Zafrul berkata mereka yang telah ditolak permohonannya berpeluang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) mulai 15 hingga 30 Jun.

BPR fasa satu yang berjumlah RM1.93 bilion telahpun dibayar kepada 8.4 juta penerima dari 24 Feb sehingga 1 April pada tahun ini.

Setakat Mei 2021, jumlah keseluruhan bantuan langsung kerajaan merangkumi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 dan BPR fasa satu dan dua yang telah dan akan disalurkan bagi golongan B40 adalah bernilai RM6.59 bilion.

Menurut beliau kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

Jadual nilai pembayaran BPR fasa dua mengikut kategori kelayakan dan maklumat lanjut boleh dirujuk di portal rasmi BPR, https://bpr.hasil.gov.my.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sambutan Hari Raya Di Sarawak Dibenarkan, Terhad Untuk 7 Hari Sahaja
Next Article Tak Sedar Bawa Bagasi Berisi 18kg Ganja, Mangsa Keldai Dadah Ditahan Di Lapangan Terbang Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?