• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Samuel Rentap, Pemain Ragbi Asal Kuching Dilamar Kelab Bundesliga Ragbi Jerman

Oleh
ILB - AI
13 Ogos 2021
Kongsi
8 Min Bacaan

Tahniah Samuel Rentap!

Samuel Rentap, Pemain Ragbi Asal Kuching Dilamar Kelab Bundesliga Ragbi Jerman. Bagi peminat sukan ragbi, pastinya berita ini adalah sesuatu yang membanggakan. Selepas anak Malaysia, Dineshwaran Krishnan “Dugro” terpilih untuk bermain di kelab Hino Red Dolphins Liga Ragbi Jepun dan Lawrence Petrus “Law” terpilih untuk bermain untuk kelab Universiti Western Australia di Western Australia Rugby League, kejayaan anak kelahiran Sarawak ini dilamar oleh kelab antarabangsa amat mengagumkan negara serta komuniti ragbi tanah air.

Isi Isi Penting
  • Tahniah Samuel Rentap!
  • Dilamar pasukan dalam liga ragbi peringkat tertinggi di Jerman
  • 2 tahun ‘hibernasi’, kini waktu untuk beraksi
  • From zero to hero!
  • Berdepan cabaran tamatkan pengajian dan mulakan karier ragbi profesional di Jerman
  • Bundesliga Jerman adalah tempat terbaik untuk mempelajari corak permainan ragbi yang pelbagai
  • Biodata ringkas Samuel Rentap :
  • Baca juga artikel :
Samuel Rentap, Pemain Ragbi Asal Kuching Dilamar Kelab Bundesliga Ragbi Jerman
Samuel Rentap, Pemain Ragbi Asal Kuching Dilamar Kelab Bundesliga Ragbi Jerman.

Dilamar pasukan dalam liga ragbi peringkat tertinggi di Jerman

Baru-baru ini, Sam mendapat tawaran bermain bersama TV 1834 Pforzheim, sebuah kelab ragbi yang tersenarai di Liga Ragbi Bundesliga Jerman. Liga Ragbi Bundesliga Jerman merupakan sistem liga peringkat tertinggi untuk kesatuan ragbi di Jerman.

Untuk pengetahuan anda, Samuel Rentap atau lebih dikenali sebagai “Sam” yang berasal daripada Kuching ini bukan asing lagi dalam komuniti ragbi tanah air. Beliau mempunyai pengalaman dalam sukan ragbi selama 9 tahun dan memegang posisi sebagai openside flanker, posisi yang paling versatail, laju, mempunyai stamina, serta kemahiran tackle dan handling yang paling tinggi. Fuh!

Samuel Rentap, Pemain Ragbi Asal Kuching Dilamar Kelab Bundesliga Ragbi Jerman
Samuel Rentap, Pemain Ragbi Asal Kuching Dilamar Kelab Bundesliga Ragbi Jerman
Samuel Rentap (paling kanan)

2 tahun ‘hibernasi’, kini waktu untuk beraksi

Perkhabaran ini telah membuatkan Samuel berasa teruja kerana ini adalah peluang terbaik untuknya kembali ke padang ragbi setelah 2 tahun tidak menyertai sebarang pertandingan kompetitif akibat pandemik COVID-19.

Beliau juga merasa bertuah dan berterima kasih kerana pemilihannya ke kelab Jerman itu adalah atas cadangan rakan seniornya, Amin Jamaluddin “Bonzer” yang kini telah bersama kelab tersebut untuk 3 musim. Samuel dan Amin merupakan rakan sepasukan dalam pasukan COBRA Rugby Club, kelab ragbi terkemuka di Malaysia.

“Selama beberapa tahun ini, Amin “Bonzer” sentiasa mengingatkan saya untuk kekal aktif dan cergas agar dia dapat mencadangkan nama saya ke pihak kelab. Syukur kerana sekarang waktunya telah tiba,”

Samuel Rentap “Sam”
Samuel Rentap, Pemain Ragbi Asal Kuching Dilamar Kelab Bundesliga Ragbi Jerman
Kredit : Cobra Rugby Club

From zero to hero!

Samuel Rentap merupakan seorang pemain yang berdedikasi tinggi serta berdisiplin. Sam dahulunya mempunyai susuk tubuh yang besar dan tinggi. Namun, menyedari bahawa permainan ragbi memerlukan stamina serta fizikal yang tegap, beliau tekad untuk meningkatkan diri menjadi seorang pemain yang berkaliber tinggi dengan melakukan rutin kecergasan tanpa jemu.

Samuel Rentap, Pemain Ragbi Asal Kuching Dilamar Kelab Bundesliga Ragbi Jerman

Pada asalnya, Sam bermain untuk pasukan ragbi SMK ST. Joseph dan Kuching Rugby Club sehingga dia ditawarkan untuk bermain bersama MSSM Sarawak pada tahun 2014. Setelah tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2015, beliau kemudiannya menyertai pasukan COBRA Rugby Club dalam Liga Youth Rugby 1 Malaysia (YR1M) Bawah 19 Tahun di mana mereka berjaya menjuarai liga tersebut.

Sejak itu, Sam mula bermain secara serius untuk pasukan utama COBRA dan penat lelahnya membuahkan hasil apabila dipanggil untuk mewakili Pasukan 15 sebelah Malaysia pada tahun 2019 untuk Kejuaraan Ragbi Asia (Divisyen Perdana) di bawah didikan jurulatih New Zealand, Brad Mika. Sam yang bermain di posisi openside flanker itu kemudian mewakili pasukan Malaysia Valke iaitu sebuah kelab profesional yang berpangkalan di Malaysia yang merupakan gabungan Malaysia Rugby Union (MRU) dan Falcons Rugby Union dari Afrika Selatan.

Samuel Rentap, Pemain Ragbi Asal Kuching Dilamar Kelab Bundesliga Ragbi Jerman
Samuel Rentap (tiga dari kiri) mewakili pasukan 15 sebelah Malaysia pada kejohanan Asian Rugby Championship Premier Division. Kredit : Azley Kassim

Walaupun hampir 2 tahun tidak memegang bola bujur itu, beliau sentiasa melakukan rutin kecergasan dan mengekalkan stamina beliau di gimnasium baru milik COBRA Rugby Club.

Berdepan cabaran tamatkan pengajian dan mulakan karier ragbi profesional di Jerman

Samuel Rentap akan berangkat ke Eropah untuk bermain bersama TV 1834 Pforzheim bersama-sama Amin Jamaluddin serta seorang lagi rakan sepasukan, Alif Ikhmal yang juga sudah pun bermain untuk Pforzheim musim lepas.

Namun demikian, Samuel tentunya bakal menghadapi cabaran sebaik sahaja beliau tiba di Jerman kerana beliau kini masih meneruskan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Sivil di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai Johor. Walau bagaimanapun, kesempatan di waktu pandemik ini digunakan sebaiknya oleh Samuel untuk tetap menghabiskan pelajarannya walaupun telah mendapat tawaran ke liga Jerman memandangkan aktiviti akademik dijalankan secara dalam talian.

Samuel Rentap, Pemain Ragbi Asal Kuching Dilamar Kelab Bundesliga Ragbi Jerman
Kredit foto : Global Rapid Rugby

Tegas Samuel, beliau akan kekal komited menamatkan pengajiannya sehingga tahun 2022 agar beliau dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada karier sukan ragbinya kelak. Halangan seperti kelas dalam talian yang mungkin akan diadakan pada zon waktu yang berbeza tidak akan mematahkan semangatnya untuk tetap meletakkan pendidikan akademik di hadapan karier sukannya terlebih dahulu.

Bundesliga Jerman adalah tempat terbaik untuk mempelajari corak permainan ragbi yang pelbagai

Dalam pada masa yang sama, Sam juga berhasrat untuk meningkatkan mutu permainan beliau di Liga Jerman itu dan ingin menimba lebih banyak pengalaman dan pendedahan terutamanya dari segi corak permainan berbeza yang diamalkan oleh pasukan di Jerman.

Samuel, Amin dan Alif dijadual akan berangkat ke Jerman pada hujung bulan ini setelah mendapat kelulusan. Liga Ragbi Bundesliga Jerman pula akan memulakan musim baharu pada awal bulan September.

Samuel Rentap, Pemain Ragbi Asal Kuching Dilamar Kelab Bundesliga Ragbi Jerman
Sumber foto : Malaysia Valke, February 7, 2021

Biodata ringkas Samuel Rentap :

  • Nama penuh : Samuel Rentap anak Meran
  • Umur : 24 tahun
  • Asal : Kuching, Sarawak
  • Keturunan : Kacukan Iban dan Cina
  • Pendidikan : SMK St. Joseph, Kuching / Diploma Kejuruteraan Sivil, Politeknik Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam / Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Sivil, UTM Skudai Johor
  • Posisi : Openside flanker
  • Penampilan antarabangsa (National caps) : 3

Pencapaian :

2021

  • Dilamar kelab Rugby Bundesliga Jerman, TV 1834 Pforzheim
  • Pemain pasukan Cobra Rugby Club

2020

  • Mewakili Malaysia Valke dalam kejohanan antarabangsa Global Rapid Rugby
  • Pemain pasukan Cobra Rugby Club

2019

  • Pertama kali mewakili Malaysia dalam Kejohanan Ragbi Asia (Divisyen Perdana)
  • Mewakili Malaysia dalam perlawanan persahabatan di antara Malaysia VALKE vs Western Force Australia di Global Rapid Rugby
  • Mewakili Perlis (Kesatuan Ragbi Perlis) dalam Kejohanan Ragbi Piala Agong
  • Pemain pasukan Cobra Rugby Club

2018

  • Mewakili Sarawak dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018
  • Membantu pasukan Perak untuk memenangi tempat ketiga dalam Kejohanan Ragbi Piala Agong
  • Meraih tempat ketiga kedua dalam Sukan IPT Super 8
  • Pemain pasukan Cobra Rugby Club

2017

  • Membantu pasukan Perak untuk memenangi tempat ketiga dalam Kejohanan Ragbi Piala Agong
  • Meraih tempat ketiga kedua dalam Sukan IPT Super 8
  • Pemain pasukan Cobra Rugby Club

2016

  • Membantu pasukan Perak merangkul juara dalam Kejohanan Ragbi Piala Agong
  • Mewakili Melaka untuk kejohanan Malaysian National Rugby 7s
  • Meraih tempat ketiga kedua dalam Sukan IPT Super 8
  • Pemain pasukan Cobra Rugby Club

2015

  • Mewakili Kedah untuk kejohanan Malaysian National Rugby 7s
  • Mewakili Perak untuk kejohanan Ragbi Piala Agong
  • Meraih tempat kedua dalam Sukan IPT Super 8
  • Juara Liga Youth Rugby 1 Malaysia Bawah 19 Tahun
  • Menyertai pasukan Cobra Rugby Club

2012-2014

  • Menyertai pasukan Kuching Rugby Club

Selamat maju jaya buat Samuel Rentap dan semoga pengalaman anda di luar negara dapat membawa sukan ragbi Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi. Agi idup agi ngelaban!

Baca juga artikel :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kejadian Tembakan Di Kem TUDM Diklasifikasikan Sebagai Kes Pembunuhan Kejadian Tembakan Di Kem TUDM Diklasifikasikan Sebagai Kes Pembunuhan
Next Article Dari Inovasi Kompia Sehingga Ke Aplikasi Kerja Sekolah, 3 Start-Ups Kuching Ini Berjaya Pukau Juri TPAB 2021

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?