• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sandokan: Siri TV Antarabangsa Ini Rupanya Menceritakan Sejarah Borneo Dan Budaya Dayak

Oleh
Nazihah AN
15 Mei 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Sandokan: Siri TV Antarabangsa Ini Rupanya Menceritakan Sejarah Borneo Dan Budaya Dayak

Kisah Lanun Borneo Yang Menentang Penjajah Kini Jadi Siri TV

Sandokan: Siri TV Antarabangsa Ini Rupanya Menceritakan Sejarah Borneo Dan Budaya Dayak. Tahukah anda? Sebuah siri TV antarabangsa berjudul Sandokan bakal ditayangkan tidak lama lagi dan yang mengejutkan, ia sebenarnya menceritakan kisah berlatarkan Borneo, khususnya Sarawak, Sabah dan Labuan.

Dibintangi pelakon popular Turki, Can Yaman, Sandokan bukan sekadar kisah lanun biasa. Ia adalah adaptasi daripada novel fiksyen klasik Itali, dan diolah semula sebagai epik pengembaraan yang sarat dengan unsur sejarah, budaya Dayak, dan konflik penjajahan yang pernah berlaku di tanah air kita sendiri.

Sandokan: Siri TV Antarabangsa Ini Rupanya Menceritakan Sejarah Borneo Dan Budaya Dayak

Mengisahkan Putera Menjadi Lanun Demi Membalas Dendam

Sandokan mengisahkan tentang seorang putera Borneo yang hidupnya musnah apabila keluarganya dibunuh oleh penjajah. Akibat pengkhianatan dan penindasan, beliau berubah menjadi lanun iaitu pemimpin kepada kumpulan “Harimau Mompracem” yang bangkit menentang kuasa kolonial.

Kisah ini diadaptasi daripada novel “Le Tigri di Mompracem” (Harimau Mompracem) karya penulis Itali terkenal, Emilio Salgari, yang terkenal dengan pengembaraan eksotik di Timur Jauh. Meskipun fiksyen, latar tempat dan konflik yang digarap berasaskan realiti sejarah Borneo.

Antagonis Utama: Sir James Brooke, White Rajah Sarawak

Watak antagonis utama dalam siri ini ialah Sir James Brooke, tokoh sejarah sebenar dari England yang menjadi Rajah Putih pertama di Sarawak sekitar tahun 1840-an. Dalam siri ini, Brooke digambarkan sebagai penjajah yang bertembung dengan Sandokan dalam usaha menguasai wilayah Borneo.

Gabungan fiksyen dan sejarah menjadikan naratif ini lebih kompleks, menggambarkan pertembungan antara semangat kemerdekaan tempatan dengan kepentingan kolonial Barat.

Budaya Dayak dan Warisan Tempatan Ditampilkan

Selain aksi dan konflik politik, Sandokan turut mengetengahkan komuniti Dayak, menggambarkan keberanian, adat, dan gaya hidup mereka dalam suasana abad ke-19. Ia memberi penghormatan kepada kekayaan budaya Borneo, yang sering kali kurang diberi ruang dalam naratif global.

Walaupun latarnya di Borneo, penggambaran siri ini dilakukan di Itali, dengan set rekaan yang membawa nuansa tropika Asia Tenggara. Ia dijangka akan ditayangkan pada penghujung tahun ini, dengan produksi di bawah syarikat antarabangsa Fremantle.

SUMBER :Hollywood Reporter
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Legenda Raja Tua Mengkabong, Pahlawan Bajau Samah Yang Menyatukan Pantai Barat Borneo Legenda Raja Tua Mengkabong, Pahlawan Bajau Samah Yang Menyatukan Pantai Barat Borneo
Next Article Kilang Keju Mozzarella Pertama Sarawak Di Merapok Bakal Beroperasi Ogos Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?