• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Sanggup Gadai Emas Demi Beli Laptop Anak, Tindakan Makcik Ini Buat Netizen Sebak

Oleh
ILB - AI
5 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Ibu sanggup gadai gelang emas, pemberian suami demi beli laptop anak

Sanggup Gadai Emas Demi Beli Laptop Anak, Tindakan Makcik Ini Buat Netizen Sebak. Baru-baru ini, satu hantaran tular di media sosial mengenai seorang ibu sanggup menjual gelang emas untuk membeli sebuah komputer riba anaknya.

Menerusi perkongsian seorang individu di laman TikTok itu mengatakan bahawa makcik tersebut barcadang untuk membeli komputer riba demi kelangsungan anak menyambung pelajaran.

Sanggup Gadai Emas Demi Beli Laptop Anak, Tindakan Makcik Ini Buat Netizen Sebak
Sumber: tiktok

“Mak cik ini datang nak tolak gelang emas semata-mata nak beli ‘laptop’ untuk anak dia. Macam ini lah pengorbanan mak ayah kita nak bagi anak belajar untuk ubah nasib keluarga,” tulisnya di ruangan kapsyen menurut sumber.

Gelang emas pemberian suami masa ulang tahun perkahwinan

Dalam pada itu, dipercayai gelang emas tersebut sangat istimewa kerana ia merupakan pemberian suaminya bagi mengenang ulang tahun perkahwinan mereka.

Namun, makcik itu tidak mempunyai cara lain selain menggadaikan gelang emasnya untuk membantu anaknya yang ingin melanjutkan pelajaran untuk masa hadapan.

Sanggup Gadai Emas Demi Beli Laptop Anak, Tindakan Makcik Ini Buat Netizen Sebak
Sumber: tiktok

“Gelang ini pak cik yang bagi, sayang lah. Tapi mak cik kena berkorban juga demi anak, dia lebih penting. Nanti ada rezeki kita cari yang lain,” tambahnya lagi.

Netizen turut sebak dan bersimpati dengan nasib makcik sekeluarga

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen terharu dan sebak melihat tindakan makcik tersebut, malah ada juga yang turut bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarganya.

@asiah1106

Makcik ni mai nk tolak gelang emas semata mata nk beli laptop utk anak dia . Macam ni la Pengorbanan mak ayah kita nk bg ank bljaq utk ubah nasib keluarga #kutuasiah #ibukutuasiah #fypシ #fyp #foryoupage #xyzbca #kedah

♬ Sound Sedih Fyp – ASBUN

“Sebaknya hanya mak sahaja yang faham situasi bila anak nak belajar, kita terpaksa berkorban. Tak kira apa pun, janji kita dapat bagi anak kita belajar,” tulis seorang pengguna media sosial.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Pensyarah Tular Hina Pelajar B40 Tak Mampu Beli Komputer, UiTM Bakal Ambil Tindakan
Bagi Pelajar B40, Program Pembangunan Siswa Sulung Berikan Pendidikan Percuma Di Universiti Awam
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Padah Samun Wanita Di Tandas Pusat Beli Belah Di Kuching, Dua Remaja Lelaki Berjaya Diberkas Padah Samun Wanita Di Tandas Pusat Beli Belah Di Kuching, Dua Remaja Lelaki Berjaya Diberkas
Next Article Sesi YDP Agong Santuni Warga Sabah Sarawak, Ini Laluan Penuh Kembara Borneo Sesi YDP Agong Santuni Warga Sabah Sarawak, Ini Laluan Penuh Kembara Borneo

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?