• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Santai Hujung Minggu? Ini Senarai 10 Aktiviti Menarik Di Waterfront, Kuching Buat Anda

Oleh
Aina Musa
5 Mei 2023
Kongsi
4 Min Bacaan
Santai Hujung Minggu Ini Senarai 10 Aktiviti Menarik Di Waterfront, Kuching Buat Anda

Tak perlu pergi jauh, jom ‘healing’ di Tebingan Sungai Sarawak!

Santai Hujung Minggu? Ini Senarai 10 Aktiviti Menarik Di Waterfront, Kuching Buat Anda. Waterfront, Kuching merupakan destinasi popular yang mempunyai banyak tarikan menarik untuk dikunjungi. Terletak di sepanjang tebing Sungai Sarawak, kawasan ini menawarkan pemandangan yang menakjubkan dan banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan.

Isi Isi Penting
  • 1. Berjalan-jalan sekitar Tebingan Sungai Sarawak
  • 2. Melawat Fort Margherita
  • 3. Mengambil gambar di Jambatan Darul Hana
  • 4. Melawat Kuil Tua Pek Kong
  • 5. Menaiki Sarawak River Cruise
  • 6. Menaiki perahu tambang
  • 7. Menyaksikan persembahan ‘Darul Hana Musical Fountain’
  • 8. Membeli cenderahati di Jalan Carpenter
  • 9. Menikmati gerai tepi jalan sekitar Waterfront
  • 10. Mencuba ‘dessert’ di sekitar Waterfront

Jika anda merancang untuk bercuti di Kuching, pastikan anda memasukkan Waterfront ke dalam senarai destinasi percutian anda. Berikut adalah 10 aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Waterfront, Kuching:

Santai Hujung Minggu? Ini Senarai 10 Aktiviti Menarik Di Waterfront, Kuching Buat Anda
Santai Hujung Minggu? Ini Senarai 10 Aktiviti Menarik Di Waterfront, Kuching Buat Anda. Kredit: Sarawak Tourism

1. Berjalan-jalan sekitar Tebingan Sungai Sarawak

Anda boleh berjalan-jalan di sepanjang tepi sungai dan menikmati keindahan pemandangan sekitar. Pastikan anda membawa kamera kerana terdapat banyak tempat menarik yang boleh anda rakam.

Santai Hujung Minggu? Ini Senarai 10 Aktiviti Menarik Di Waterfront, Kuching Buat Anda

2. Melawat Fort Margherita

Fort Margherita adalah kubu pertahanan yang dibina oleh Brooke Rajah pada tahun 1879. Sekarang, ia menjadi muzium yang menarik dan memaparkan sejarah penting Kuching.

Santai Hujung Minggu? Ini Senarai 10 Aktiviti Menarik Di Waterfront, Kuching Buat Anda

3. Mengambil gambar di Jambatan Darul Hana

Jambatan Darul Hana yang terletak tidak jauh dari Waterfront, Kuching adalah tarikan utama yang tidak boleh dilepaskan. Anda boleh berjalan di jambatan ini untuk menikmati pemandangan yang indah di sekitar sungai. Jangan lupa ambil gambar di atas jambatan ini sambil berlatar belakangkan bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak.

4. Melawat Kuil Tua Pek Kong

Kuil Tua Pek Kong terletak di kawasan Waterfront dan merupakan sebuah kuil Taoisme yang berusia lebih dari 200 tahun. Anda boleh melawat kuil ini untuk melihat seni bina dan sejarah kuil yang menarik.

5. Menaiki Sarawak River Cruise

Bagi anda yang mempunyai bajet lebih, bolehlah menyelusuri Sungai Sarawak dengan menaiki ‘cruise’. Menariknya, anda boleh merasai pengalaman melihat matahari terbenam sambil dihidangkan dengan tarian Ngajat di atas kapal mewah.

6. Menaiki perahu tambang

Dengan kadar bayaran RM1 sehala, anda boleh menyeberangi Sungai Sarawak menuju ke perkampungan Boyan di seberang. Dah sampai sebarang, bolehlah singgah ke kedai-kedai kek lapis dan gerai-gerai tepi jalan yang menjual ikan terubok masin.

7. Menyaksikan persembahan ‘Darul Hana Musical Fountain’

Jika anda berkunjung ke Waterfront pada sebelah malam, jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan persembahan musical fountain. Persembahan ini ada tiga sesi; 8.30 malam, 9.30 malam dan 10.30 malam. Setiap persembahan berlangsung selama 15 minit.

Anda akan dihidangkan dengan persembahan air, muzik dan cahaya berlatarbelakangkan bangunan DUN Sarawak pada malam hujung minggu. Jumaat, Sabtu dan Ahad.

8. Membeli cenderahati di Jalan Carpenter

Selain banyak bangunan bersejarah, Jalan Carpenter juga mempunyai pelbagai kedai cenderahati dan souvenirs yang menjual pelbagai barangan unik dan menarik. Jika anda ke Waterfront, jangan lupa untuk singgah ke deretan kedai sekitar Jalan Carpenter untuk membeli cenderahati sebagai buah tangan.

9. Menikmati gerai tepi jalan sekitar Waterfront

Bagi pencinta street food, anda juga boleh mencuba pelbagai hidangan yang dijual sekitar Waterfront. Antara hidangan yang terkenal di sini adalah bakso, kebab, nasi lemak ganja dan sebagainya.

10. Mencuba ‘dessert’ di sekitar Waterfront

Kalau ke Waterfront tak sah kalau tak pekena pencuci mulut di sini. Antara dessert yang terkenal di sini adalah ais krim daripada IG gula apong dan Three Tea Ice Cream. Sambil-sambil makan ais krim, bolehlah menikmati pemandangan sekitar bandar Kuching di Waterfront ini.

Baca lagi artikel menarik:

20 Tempat Menarik Di Kuching Yang Mesti Anda Kunjungi
20 Tempat Menarik Di Kota Kinabalu Yang Mesti Anda Kunjungi

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Suami Dalam Penjara, Anak Lelaki Pula Jadi Mangsa 'Amang Seksual' Ibu Kandung Suami Dalam Penjara, Anak Lelaki Pula Jadi Mangsa ‘Amang Seksual’ Ibu Kandung
Next Article Wanita Kongsi Cara Mudah Dan Murah Sejukkan Rumah, Tanpa Pasang Aircond

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?