• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Wanita Kongsi Cara Mudah Dan Murah Sejukkan Rumah, Tanpa Pasang Aircond

Oleh
ILB - AI
5 Mei 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Terdapat beberapa alternatif menjimatkan untuk anda menyejukkan kediaman

Wanita Kongsi Cara Mudah Dan Murah Sejukkan Rumah, Tanpa Pasang Aircond. Cuaca panas melampau yang melanda Malaysia menyebabkan hidup kita dalam suasana yang tidak selesa kerana bahangnya.

Isu ini tidak begitu dirasai jika rumah anda mempunyai penghawa dingin (aircond), tetapi apakah alternatif bagi mereka yang kurang berkemampuan? Menurut sumber, cara-caranya adalah seperti beritkut:

1. Aluminium foil

Wanita Kongsi Cara Mudah Dan Murah Sejukkan Rumah, Tanpa Pasang Aircond
Gambar hiasan. Foto: Shopee

Seorang pengguna Facebook, Sapiah Mamat memuat naik perkongsian tentang kaedah menyejukkan rumah menggunakan aluminium foil.

Menurutnya, kaedah itu jauh lebih menjimatkan kos kerana aluminium foil boleh dibeli secara dalam talian dengan harga yang lebih murah berbanding kos pemasangan penghawa dingin. (aircond).

“Tip sejukkan rumah tanpa pasang aircond. Tak sia-sia beli aluminium bubble foil dekat Shopee. Segulung tu 40 meter tak sampai RM300 pun tapi boleh buat rumah jadi nyaman tak berbahang,” tulisnya di laman Facebook miliknya.

“Kawasan Kak Piah ni dekat laut, rumah pula jenis teres himpit-himpit, jadi tak ada banyak angin boleh masuk dalam rumah sebab tingkap tak banyak. Seawal 9 pagi dah rasa bahang. Kalau malam, tidur pasang dua kipas masih berpeluh.

“Tapi selepas pasang aluminium foil ni penuh satu rumah, tidur malam terasa gigil walaupun tak pasang aircond. Aluminium foil ni paling sesuai diletakkan dekat dalam siling,” ujarnya.

Selain dipasang dalam siling rumah, aluminium foil juga boleh dilekatkan pada bahagian bawah bumbung, di mana ia berfungsi untuk memantulkan haba, sekaligus menjadikan rumah lebih nyaman dan selesa.

2. Exhaust fan

Wanita Kongsi Cara Mudah Dan Murah Sejukkan Rumah, Tanpa Pasang Aircond
Gambar hiasan. Foto: Facebook

Antara teknik lain, anda boleh membeli exhaust fan dengan harga kurang daripada RM50 untuk membantu melaraskan suhu di rumah anda.

Exhaust fan biasanya dipasang di dapur untuk menyerap haba dan menghilangkan bau. Fungsi sebenar bukanlah untuk menyejukkan, tetapi pemasangan exhaust fan boleh menyedut haba pabas keluar dari rumah anda.

“Tidaklah sejuk macam aircond, tapi sangat membantu untuk kurangkan haba panas dalam rumah. Rumah kami pasang tiga biji dan guna kipas siling saja,” tulis seorang pengguna.

3. Ais

Wanita Kongsi Cara Mudah Dan Murah Sejukkan Rumah, Tanpa Pasang Aircond
Gambar hiasan. Foto: Vanila Kismis

Dengan menggunakan kaedah ini sudah pasti akan menjimatkan wang, tetapi ia adalah jangka pendek kerana tidak akan bertahan lama dan memerlukan kerajinan untuk melakukannya.

Rahsianya adalah untuk mengarahkan kipas ke arah kiub ais di dalam bekas bagi mewujudkan persekitaran sejuk seperti penghawa dingin.

Bukan itu sahaja, satu petua mudah ialah taburkan garam pada kiub ais untuk membantu ais kekal beku lebih lama.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Dijangka Kemarau Berpanjangan, Ini 5 Langkah Penting Bagi Berdepan Cuaca Panas Untuk Anda
Anak Kerap Mengadu Pening, Sakit Kepala Dan Badan Terasa Panas
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Santai Hujung Minggu Ini Senarai 10 Aktiviti Menarik Di Waterfront, Kuching Buat Anda Santai Hujung Minggu? Ini Senarai 10 Aktiviti Menarik Di Waterfront, Kuching Buat Anda
Next Article Ditangkap Rokok Di Zon 'No Smoking' & Milik Rokok Seludup Boleh Didenda 'Sekurang-Kurangnya RM250' Ditangkap Rokok Di Zon ‘No Smoking’ & Milik Rokok Seludup Boleh Didenda ‘Sekurang-Kurangnya RM250’

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?