• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Ada Bahan Mentah Mencukupi, Premier Yakin Hidrogen Boleh Berjaya

Oleh
Husna Hazmi
15 Mac 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Sarawak tidak memerlukan import hidrogen dari luar

Sarawak Ada Bahan Mentah Mencukupi, Premier Yakin Hidrogen Boleh Berjaya. Dilaporkan, Sarawak mempunyai kelebihan besar dalam industri hidrogen berbanding negara lain, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Menurutnya, banyak negara gagal dalam pengeluaran hidrogen kerana mereka tidak memiliki bahan mentah (feedstock) yang mencukupi, sesuatu yang bukan masalah bagi Sarawak.

“Ada negara gagal kerana mereka tiada bahan mentah. Mereka terpaksa import, dan ini meningkatkan kos. Tapi Sarawak bernasib baik, kita boleh hasilkan hidrogen dari air menggunakan tenaga hidro, malah kita boleh hasilkan hidrogen lain melalui gas sintetik,” jelasnya dalam satu majlis di Kuching.

Abang Johari turut menerangkan bahawa dengan mencampurkan hidrogen dan karbon, ia boleh menghasilkan metana, yang boleh digunakan untuk menjana tenaga.

Sarawak Ada Bahan Mentah Mencukupi, Premier Yakin Hidrogen Boleh Berjaya
Sarawak Ada Bahan Mentah Mencukupi, Premier Yakin Hidrogen Boleh Berjaya. Sumber gambar: Harian Metro

Rancangan hingga 2050, Sarawak fokus tenaga masa depan

Sarawak bukan sahaja merancang sehingga 2030, tetapi juga melangkaui tahun 2035 hingga 2050 untuk manfaat generasi akan datang.

“Saya tak pasti sama ada saya masih ada waktu itu sebab saya pun dah tua. Tapi perancangan kita mesti sampai 2050 untuk anak cucu kita,” katanya.

Sarawak Ada Bahan Mentah Mencukupi, Premier Yakin Hidrogen Boleh Berjaya

Beliau turut mendedahkan bahawa terdapat tujuh hasil sampingan yang boleh dihasilkan sepanjang proses pengeluaran metana daripada karbon dan hidrogen, tetapi masih belum mendedahkan butiran lanjut.

“Saya ada berbincang dengan pakar kimia semalam. Dia sebut dua produk, tapi sebenarnya ada tujuh byproduct dalam proses ini. Itu sebabnya kita perlukan tenaga kerja mahir dan saintis untuk menambah nilai dalam industri ini,” tambahnya.

Dengan sumber semula jadi yang mencukupi, Sarawak kini bersedia dalam pengeluaran hidrogen dan tenaga bersih untuk masa depan!

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Sarawak Umum Senarai Kursus Pendidikan Percuma di IPT Milik Kerajaan Oktober Ini
Suri Rumah Dipenjara 30 Tahun Kerana Bunuh Anak Saudara Suami Berusia 3 Tahun Di Kuching
SUMBER :DayakDaily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Umum Senarai Kursus Pendidikan Percuma di IPT Milik Kerajaan Oktober Ini
Next Article Kenali 6 Senarai IPT & Pusat Latihan Milik Penuh Kerajaan Sarawak Tawar Pendidikan Percuma

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?