• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Umum Senarai Kursus Pendidikan Percuma di IPT Milik Kerajaan Oktober Ini

Oleh
Ismail NA
15 Mac 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Pengambilan pertama pelajar yang layak bermula awal tahun 2026

Sarawak Umum Senarai Kursus Pendidikan Percuma di IPT Milik Kerajaan Oktober Ini. Pemilihan kursus pengajian bagi inisiatif pendidikan percuma di institusi pengajian tinggi (IPT) milik kerajaan negeri Sarawak akan diumumkan pada Oktober ini, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau menyatakan bahawa pengambilan pertama pelajar yang layak di bawah inisiatif ini akan bermula pada awal tahun depan.

Sarawak Umum Senarai Kursus Pendidikan Percuma di IPT Milik Kerajaan Oktober Ini
Sarawak Umum Senarai Kursus Pendidikan Percuma di IPT Milik Kerajaan Oktober Ini. Universiti Teknologi Sarawak, salah satu universiti milik kerajaan Sarawak.

“Kita sedang membangunkan Sarawak melalui pendidikan percuma, dan kita telah memilih bidang pengajian yang akan diumumkan pada Oktober ini.

“Jadi, mereka (pelajar) boleh memilih bidang yang selari dengan industri yang sedang kita bangunkan berdasarkan ekonomi baharu kita,” katanya semasa sambutan Hari Integriti dan Iftar 2025 anjuran Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Sebelum ini, kerajaan negeri telah mengumumkan bahawa inisiatif pendidikan percuma ini akan dilaksanakan mulai 2026, menjadikan Sarawak negeri pertama di Malaysia yang menawarkan program sedemikian.

Inisiatif ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada pelajar dari Sarawak yang melanjutkan pengajian di IPT milik kerajaan negeri dalam kursus-kursus terpilih, yang akan diumumkan kemudian.

Pada pendapat anda, apakah jurusan yang akan ditawarkan secara percuma kelak? Kongsikan di ruangan komen.

Pendidikan percuma di Sarawak kelak juga akan diperluas kepada pelajar di UiTM

Pendidikan Percuma IPTA Di Sarawak Bakal Diperluas Kepada Pelajar UiTM
SUMBER :Suara Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Lempeng Labu, Sajian Sabah Yang Mesti Dicuba
Next Article Sarawak Ada Bahan Mentah Mencukupi, Premier Yakin Hidrogen Boleh Berjaya

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?