• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Anjur Kejohanan Pickleball Antarabangsa Borneo Oktober Ini

Oleh
Farisha
5 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Sarawak tuan rumah acara sukan global, jadi destinasi pelancongan sukan tahun ini

Sarawak Anjur Kejohanan Pickleball Antarabangsa Borneo Oktober Ini. Sarawak akan menjadi tuan rumah Kejohanan Pickleball Antarabangsa Borneo pada 9 hingga 12 Oktober nanti.

Kira-kira 500 pemain pickleball dijangka akan menyertai pertandingan pickleball antarabangsa terbesar di Malaysia dan Borneo, di mana mereka akan berebut hadiah bernilai RM20,000.

Sarawak Anjur Kejohanan Pickleball Antarabangsa Borneo Oktober Ini
Sarawak Anjur Kejohanan Pickleball Antarabangsa Borneo Oktober Ini

Seluruh perhatian kini tertumpu kepada Sarawak tahun ini

Menurut sumber, penganjuran kejohanan ini penting untuk mengukuhkan Sarawak sebagai destinasi sukan dan pelancongan sukan.

Semua mata tertumpu kepada Sarawak tahun ini kerana ia menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) XXI dan Kejohanan Pickleball Borneo merupakan peluang strategik lain untuk menunjukkan keupayaan Sarawak menganjurkan acara sukan global serta meningkatkan imej sebagai destinasi pelancongan sukan.

Dengan lebih banyak persatuan sukan membangunkan acara baharu di Sarawak, ia akan menarik pelaburan baharu dalam kemudahan dan infrastruktur sukan.

Anjuran sukan ini disokong oleh BESarawak dan sukan ini juga sesuai untuk semua peringkat usia

Untuk makluman, anjuran Persatuan Pickleball Kuching (KPA) disokong oleh BESarawak sebagai penasihat strategik bagi menyediakan semua bentuk sokongan kepada persatuan dalam menganjurkan kejohanan bertaraf antarabangsa ini. 

Sukan pickleball adalah sesuai untuk semua peringkat usia dan ia merupakan sukan yang baik untuk memupuk interaksi antara komuniti dan industri. Kejohanan ini terbuka kepada organisasi korporat, sektor awam, persatuan, kelab, dan orang awam.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai kejohanan ini boleh mendaftar sebelum atau pada 31 Ogos 2024 menerusi pautan http://pickleball.global/.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Lebih Gempak Tahun Ini, Borneo Sonic Festival Bakal Diadakan 11 Hingga 12 Oktober 2024
Festival Muzik Pertama ‘OctoTune Fest’ Bakal Gegarkan Bintulu Oktober Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gudang Simpan Kabel SESB Seluas Satu Ekar Di Menggatal Terbakar Gudang Simpan Kabel SESB Seluas Satu Ekar Di Menggatal Terbakar
Next Article Kerajaan Brunei Nafi Penglibatan Dalam Projek Trans Borneo Railway

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?