• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Bakal Tubuhkan Fakulti Tenaga Diperbaharui Di i-CATS

Oleh
Husna Hazmi
19 Januari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Usaha ini bakal direalisasikan menerusi kerjasama dengan SEB dan PETROS

Sarawak Bakal Tubuhkan Fakulti Tenaga Diperbaharui Di i-CATS. Dilaporkan, Sarawak terus mengorak langkah dalam industri tenaga dengan mengumumkan penubuhan fakulti tenaga diperbaharui di Kolej Universiti i-CATS. Usaha ini bakal direalisasikan menerusi kerjasama dengan Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS).

Perkara ini diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, sebagai maklum balas kepada cadangan Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof, untuk menubuhkan sebuah institusi khas tenaga diperbaharui (TBB) di Sarawak.

Sarawak Bakal Tubuhkan Fakulti Tenaga Diperbaharui Di i-CATS. Sumber gambar: FB International College of Advanced Technology Sarawak (ICATS)

Pendidikan percuma

Abang Johari menjelaskan bahawa i-CATS dipilih kerana ia dimiliki kerajaan negeri, membolehkan pelajar yang layak menikmati pendidikan percuma di fakulti baharu ini.

“Saya setuju dengan cadangan ini, dan kita akan menubuhkan fakulti di i-CATS khusus untuk program tenaga. Kita juga akan bekerjasama dengan SEB dan PETROS untuk menjayakan kursus ini,” kata beliau semasa perasmian Mesyuarat Perwakilan Cawangan-Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Selatan di BCCK hari ini.

Penubuhan fakulti ini dilihat sebagai sebahagian daripada visi jangka panjang Sarawak untuk memajukan sektor tenaga sambil melahirkan bakat tempatan yang berpotensi besar. Ia turut disokong oleh kemajuan Sarawak dalam penyelidikan hidrogen yang berjaya menarik minat pelabur antarabangsa, termasuk Jepun dan Korea Selatan.

Gambar sekadar ilustrasi

Sasaran tenaga diperbaharui capai 62%

Dalam masa yang sama, Fadillah memuji kepimpinan Abang Johari yang membawa Sarawak mencapai 62% sasaran campuran kapasiti tenaga diperbaharui pada tahun 2024, melepasi sasaran awal dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Beliau turut menekankan pentingnya menjadikan TBB sebagai budaya sosial rakyat Sarawak dan Malaysia amnya, serta mencadangkan supaya Sarawak menjadi hab utama ekonomi hidrogen di Asia.

“Alhamdulillah, apa sahaja yang diusahakan Premier kita sentiasa membawa kejayaan. Saya sendiri sering meminta panduan daripada beliau dalam hal berkaitan tenaga,” tambah Fadillah.

Dengan inisiatif ini, Sarawak bukan sahaja bakal menjadi peneraju tenaga diperbaharui, tetapi juga mencipta peluang besar untuk anak tempatan menyumbang kepada sektor yang semakin berkembang pesat.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Cipta Sejarah, Majlis Perasmian Sukan SEA Bakal Diadakan Di Stadium Sarawak
Tanjung Embang Bakal Jadi Lokasi Lapangan Terbang Baru Sarawak
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tanjung Embang Bakal Jadi Lokasi Lapangan Terbang Baru Sarawak
Next Article Tular Di Media Sosial, Rakaman CCTV Rompakan Bersenjata Parang Di Kedai Runcit Lahad Datu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?