• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tanjung Embang Bakal Jadi Lokasi Lapangan Terbang Baru Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
19 Januari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Lapangan Terbang Antarabangsa baru Sarawak bakal dibina di Tanjung Embang

Tanjung Embang Bakal Jadi Lokasi Lapangan Terbang Baru Sarawak. Dilaporkan, Sarawak bakal mempunyai lapangan terbang antarabangsa baharu yang akan dibina di Tanjung Embang (terletak berhampiran Asajaya dan Samarahan) seperti yang diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pada asalnya, lapangan terbang ini dicadangkan untuk dibina di kawasan Matang, Kuching. Namun, perancangan tersebut terpaksa diubah kerana masalah berkaitan laluan udara antarabangsa.

Tanjung Embang Bakal Jadi Lokasi Lapangan Terbang Baru Sarawak
Tanjung Embang Bakal Jadi Lokasi Lapangan Terbang Baru Sarawak. Sumber gambar: The New Straits Times

Premier Sarawak menjelaskan bahawa jika penerbangan memasuki ruang udara negara lain, ia perlu mendapatkan kebenaran dan berkemungkinan perlu membayar penggunaan ruang udara tersebut. Di Matang, pesawat akan melalui ruang udara Indonesia di atas Kalimantan, yang menimbulkan cabaran logistik.

Beliau menjelaskan perkara tersebut semasa Mesyuarat Perwakilan Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Selatan di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).

Sebagai alternatif, lokasi lapangan terbang ini telah dipindahkan ke Tanjung Embang di Samarahan yang menawarkan laluan udara lebih mudah tanpa halangan antarabangsa.

Tanjung Embang Bakal Jadi Lokasi Lapangan Terbang Baru Sarawak
Tanjung Embang Samarahan Bakal Jadi Lokasi Lapangan Terbang Baru Sarawak. Sumber gambar: Mobile Davitt Report

Reka bentuk berinspirasikan model lapangan terbang di Doha, Qatar

Abang Johari turut berkongsi bahawa reka bentuk lapangan terbang baharu ini akan berinspirasikan model lapangan terbang di Doha, Qatar. Untuk memastikan perancangan berjalan lancar, sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kewangan Sarawak telah ditubuhkan bagi meneliti setiap perincian projek ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, optimis bahawa pembangunan lapangan terbang ini akan membawa manfaat besar kepada kawasan Kuching, Samarahan, Serian, dan kawasan sekitarnya.

Tanjung Embang Bakal Jadi Lokasi Lapangan Terbang Baru Sarawak

Beliau berkata, manfaat ekonomi ini tidak akan mengambil masa lama untuk dirasai kerana Sarawak akan mempunyai syarikat penerbangan sendiri tahun ini. Dalam masa yang sama, perancangan untuk membina pelabuhan laut dalam dan lapangan terbang baharu bernilai RM100 bilion juga dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Beliau turut menegaskan bahawa projek ini berada dalam status ‘fast-track’, yang bermaksud ia akan dilaksanakan dengan segera demi kemajuan Sarawak.

Lapangan terbang ini dijangka menjadi pemangkin utama kepada pembangunan ekonomi dan infrastruktur negeri, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada penduduk tempatan dan menarik lebih ramai pelancong serta pelabur asing ke Sarawak.

Lagi berita menarik untuk anda di sini:

Premier Sarawak Pinjam Motosikal Polis Untuk Rasai Pengalaman Jambatan Marudi Baru
Cipta Sejarah, Majlis Perasmian Sukan SEA Bakal Diadakan Di Stadium Sarawak
SUMBER :DayakDaily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Amaran Hujan Lebat Berterusan Di Sarawak, Dijangka Berlarutan Hingga Isnin
Next Article Sarawak Bakal Tubuhkan Fakulti Tenaga Diperbaharui Di i-CATS

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?