• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Berduka, Mayat Pasangan Maut Terkena Renjatan Elektrik Di Cameron Highland Akan Dibawa Pulang Ke Serian

Oleh
Husna Hazmi
11 Mac 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

Sarawak Berduka, Mayat Pasangan Maut Terkena Renjatan Elektrik Di Cameron Highland Akan Dibawa Pulang Ke Serian. Semalam, satu Malaysia dikejutkan dengan berita menyayat hati mengenai pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan renjatan elektrik di dalam bilik air di sebuah flat di Taman Puncak Tringkap, Cameron Highland.

Sarawak Berduka, Mayat Pasangan Maut Terkena Renjatan Elektrik Di Cameron Highland Akan Dibawa Pulang Ke Serian
Sarawak Berduka, Mayat Pasangan Maut Terkena Renjatan Elektrik Di Cameron Highland Akan Dibawa Pulang Ke Serian

Kejadian berlaku apabila si suami sedang mandi menggunakan pemanas air

Mendiang suami yang bernama Damian Anak Senin berasal dari Kampung Daha Kisau, Serian dan mendiang isteri bernama Ronwina Anak Mambai berasal dari Kampung Ruan Lubang Tiung, Simunjan telah meninggal dunia akibat renjatan elektrik di rumah mereka di Cameron Highland.

Dilaporkan bahawa, kejadian berlaku apabila si suami berusia 46 tahun sedang mandi menggunakan pemanas air dan kemudian terkena renjatan arus elektrik lalu meragut nyawanya. Si isteri berusia 35 tahun juga turut meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika cuba untuk menyelamatkan si suami.

Menurut saksi, anak perempuan mangsa yang berusia 10 tahun, ketika kejadian, ibunya telah meminta pertolongan dari bilik air supaya mngambil kayu yang dipercayai digunakan untuk menebat arus elektrik bagi membantu bapanya yang terkena renjatan elektrik pada masa itu.

Kejadian yang menyayat hati ini juga dipercayai berlaku sehari selepas Damian Anak Senin (si bapa) menyambut hari kelahirannya yang ke 46 pada 9 Mac 2022.

Mangsa mempunyai tiga orang anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan. Kedua-dua mayat mangsa juga telah dibawa ke Hospital Sultanah Hajah Kalsom Tanah Rata untuk bedah siasat manakala anak-anak mangsa pula telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan urusan kebajikan mereka.

Dengan bantuan Rumah Sarawak Kuala Lumpur (RSKL) Yayasan Serian akan membawa mendiang suami isteri bersama anak-anaknya balik ke Sarawak untuk urusan pengebumian secepat yang mungkin.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Ditangga Teratas Rekod Jumlah Penduduk Miskin Tegar Dalam Malaysia
Next Article Memandu Dalam Keadaan Mabuk, Tiga Lelaki Dari Miri Dijatuhkan Hukuman Penjara Dan Denda RM10K Memandu Dalam Keadaan Mabuk, Tiga Lelaki Dari Miri Dijatuhkan Hukuman Penjara Dan Denda RM10K

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?