• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Ditangga Teratas Rekod Jumlah Penduduk Miskin Tegar Dalam Malaysia

Oleh
Husna Hazmi
11 Mac 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Pendapatan bagi golongan miskin tegar adalah kurang daripada RM560 sebulan.

Sarawak Ditangga Teratas Rekod Jumlah Penduduk Miskin Tegar Dalam Malaysia. Berdasarkan laporan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed, negeri Sarawak merekodkan jumlah penduduk berstatus miskin tegar yang paling tinggi dengan catatan 62,930 keluarga berdasarkan data eKasih setakat 15 Februari.

Sarawak Ditangga Teratas Rekod Jumlah Penduduk Miskin Tegar Dalam Malaysia
Sarawak Ditangga Teratas Rekod Jumlah Penduduk Miskin Tegar Dalam Malaysia. Gambar sekadar hiasan

Kelantan merekodkan jumlah keluarga miskin tegar kedua tertinggi

Dalam jawapan bertulis kepada Tan Kok Wai (PH-Cheras), Mustapa berkata bahawa negeri Kelantan merekodkan jumlah keluarga miskin tegar kedua tertinggi dalam Malaysia dengan mencatat sebanyak 42,131 diikuti pula denganSabah (40,938), Kedah (17,928), Perak (17,010).

Empat negeri yang mencatat jumlah penduduk miskin tegar paling rendah di Malaysia pula adalah Melaka (3,033); Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya (4,578); Johor (6,803) dan Negeri Sembilan (7,242).

“Secara keseluruhan berdasarkan data eKasih sehingga 15 Februari, sejumlah 251,089 keluarga miskin tegar didaftarkan mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan 2019 per kapita negeri,” kata beliau.

Sarawak Ditangga Teratas Rekod Jumlah Penduduk Miskin Tegar Dalam Malaysia
Gambar sekadar hiasan

Pendapatan kurang daripada RM560 sebulan

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kategori miskin ialah pendapatan ketua isi rumah (KIR) kurang daripada RM980 sebulan dan miskin tegar pula adalah kurang daripada RM560 sebulan.

Sebelum ini, PH-Cheras, Tan Kok Wai telah meminta kerajaan untuk menyatakan jumlah keluarga yang jatuh ke paras miskin tegar dan jumlah keluarga miskin tegar bagi setiap negeri.

Oleh demikian Mustapa telah berkata bahawa pendapatan purata kasar bulanan isi rumah secara keseluruhan telah menurun sebanyak 10.3% kepada RM7,089 pada 2020 daripada RM7,901 pada 2019.

“Insiden kemiskinan mutlak turut meningkat kepada 8.4% daripada 5.6%. Kadar kemiskinan tegar pula dianggarkan meningkat kepada 1% daripada 0.4% isi rumah dalam tempoh sama,” jelas beliau lagi.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Roti Sandwich Bakar Yang Enak, Isaac Toast & Coffee Bakal Dibuka Kepada Pengunjung Ahad Ini Roti Sandwich Bakar Yang Enak, Isaac Toast & Coffee Bakal Dibuka Kepada Pengunjung Ahad Ini
Next Article Sarawak Berduka, Mayat Pasangan Maut Terkena Renjatan Elektrik Di Cameron Highland Akan Dibawa Pulang Ke Serian

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?