• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak bakal Bina 1 Pusat PPS Kekal Di Samarahan

Oleh
Nazihah AN
10 Disember 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Sarawak bakal Bina 1 Pusat PPS Kekal Di Samarahan

PPS Kekal Bakal Dibina Dekat SK Beradek

Sarawak bakal Bina 1 Pusat PPS Kekal Di Samarahan. Sarawak akan membina pusat pemindahan sementara (PPS) kekal pertama di kawasan Samarahan, berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Beradek. Langkah ini adalah inisiatif penting bagi memastikan keselesaan mangsa banjir, terutamanya di kawasan yang sering dilanda bencana.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, pusat ini akan dibiayai oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Dengan adanya PPS kekal, kebergantungan terhadap sekolah sebagai tempat perlindungan dapat dikurangkan, sekali gus mengelakkan gangguan kepada sesi persekolahan.

Sarawak bakal Bina 1 Pusat PPS Kekal Di Samarahan

Fokus Keselesaan Mangsa Banjir

“Sarawak sebelum ini tidak ada masalah besar menggunakan sekolah atau dewan masyarakat sebagai PPS. Tapi, bila ada sesi persekolahan, ia mungkin menyebabkan gangguan. Jadi, idea untuk bina PPS kekal adalah sangat baik,” katanya dalam satu sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) di Kuching.

Uggah turut memaklumkan bahawa kawasan yang berpopulasi tinggi dan sering dilanda banjir, seperti Batu Kawa, mungkin akan diutamakan untuk pembinaan PPS kekal pada masa hadapan. Malah, PPS ini dijangka boleh menampung sekitar 500 mangsa pada satu masa.

Selain itu, sebanyak 31 pangkalan hadapan di seluruh Sarawak telah diaktifkan untuk memudahkan agihan bantuan makanan semasa berlakunya bencana akibat Monsun Timur Laut (MTL).

“Persediaan ini penting bagi memastikan bantuan tiba tepat pada waktunya, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman,” tambah beliau.

Untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana, seramai 7,507 kakitangan daripada agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kini bersedia untuk digerakkan.

Kerjasama dengan Persatuan Radio Amatur turut diadakan bagi memastikan komunikasi lancar di kawasan yang sukar dihubungi, terutamanya di luar bandar. Usaha ini diharap dapat mempercepatkan penyampaian bantuan dan maklumat kepada mereka yang memerlukan.

Dengan pembinaan PPS kekal ini, Sarawak mengambil langkah proaktif untuk melindungi rakyatnya daripada risiko bencana. Langkah ini bukan sahaja memastikan keselesaan mangsa, tetapi juga melicinkan urusan bantuan dan mengurangkan impak terhadap komuniti setempat, terutamanya pelajar sekolah.

Baca juga artikel di bawah:

Buang Barang Lama, Ini Lokasi Kontena RoRo Untuk Buang Sampah Besar Di Kuching
UNIMAS Umum Pelaksanaan Kuliah Dalam Talian Sempena Sambutan Hari Krismas
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article UNIMAS Umum Pelaksanaan Kuliah Dalam Talian Sempena Sambutan Hari Krismas
Next Article Dato Sri Direman 5 Hari Untuk Bantu Siasatan Rasuah Projek RM250 Juta Di Sarawak Dato Sri Direman 5 Hari Untuk Bantu Siasatan Rasuah Projek RM250 Juta Di Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?