• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Catat 4 Kes Positif COVID-19 Pada Hari Kedua Hari Raya Aidilfitri

Oleh
ILB - AI
25 Mei 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

4 kes baru dicatatkan hari ini

Sarawak Catat 4 Kes Positif COVID-19 Pada Hari Kedua Hari Raya Aidilfitri. Sarawak hari ini mencatatkan 4 kes baharu positif COVID-19 menjadikan kes positif keseluruhan kepada 549 kes.

Sarawak Catat 4 Kes Positif COVID-19 Pada Hari Kedua Hari Raya Aidilfitri
Sarawak Catat 4 Kes Positif COVID-19 Pada Hari Kedua Hari Raya Aidilfitri

4 kes positif ini dicatatkan di daerah Kuching (1 kes ), Serian (1 kes ), Bintulu ( 1 kes ) dan juga Tanjung Manis (1 kes).

Dimaklumkan juga bahawa 3 kes juga telah sembuh dan discaj dari Hospital. 2 kes discaj tersebut adalah dari Hospital Umum Sarawak dan 1 kes lagi adalah dari Hospital Sibu.

Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah sembuh dan discaj adalah sebanyak 473 kes atau 86.16%.

Hari ini juga, 132 PUI baru dilaporkan dan sebanyak 117 kes pula masih menunggu ujian makmal.

Pada hari ini, Serian, Bintulu dan Tanjung Manis bertukar status menjadi Kuning setelah 3 daerah tersebut mencatatkan kes positif COVID-19 hari ini. Setakat ini juga, daerah yang berstatus kuning adalah 5 daerah dan 35 daerah lagi berstatus hijau.

Pelajar yang kuarantin di rumah tidak dibenarkan keluar

Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak juga mengingatkan pelajar yang diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah agar terus kekal di rumah dan mereka juga tidak dibenarkan keluar.

Sekiranya mereka didapati di tempat awam, mereka akan dikenakan undang undang yang tegas.

Pelajar yang telah balik ke rumah baru baru ini juga ( yang belum membuat saringan COVID-19 ) diarahkan untuk membuat saringan tersebut di bahagian masing masing.

Baru baru ini, seorang lelaki ingkar perintah kuarantin dan muat naik gambar beliau makan mee kampua di Sibu :



Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Ingkar Kuarantin Di Sibu Bangga Tayang Keluar Makan Di Luar Pada Hari Ke 7
Next Article Band Dari Sarawak Tampil Kreatif Hasilkan Cover Lagu Raya Guna Sape Band Dari Sarawak Tampil Kreatif Hasilkan Cover Lagu Raya Guna Sape

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?