• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki Ingkar Kuarantin Di Sibu Bangga Tayang Keluar Makan Di Luar Pada Hari Ke 7

Oleh
ILB - AI
25 Mei 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Beliau juga menanggalkan gelang getah yang diberikan

Lelaki Ingkar Kuarantin Di Sibu Bangga Tayang Keluar Makan Di Luar Pada Hari Ke 7. Viral pula hari ini, seorang individu yang dikatakan ingkar perintah kuarantin wajib 14 hari (Stay Home Notice) dengan bangganya menayangkan beliau mengingkari perintah tersebut

Isi Isi Penting
  • Beliau juga menanggalkan gelang getah yang diberikan
  • Buka gelang getah yang diberikan oleh pihak berkuasa
  • Minta maaf dan nyatakan keputusan beliau adalah negatif
  • Sebelum ini beberapa individu juga telah diserbu di Sibu ketika berjudi semasa PKP :

Beliau memuatnait sekeping gambar Mee Kampua di sebuah kafe terkenal di Sibu dengan status ringkas ‘ Kuarantin Day 7 ‘.

Lelaki Ingkar Kuarantin Di Sibu Bangga Tayang Keluar Makan Di Luar Pada Hari Ke 7
Lelaki Ingkar Kuarantin Di Sibu Bangga Tayang Keluar Makan Di Luar Pada Hari Ke 7

Buka gelang getah yang diberikan oleh pihak berkuasa

Lelaki tersebut juga mengambil kesempatan dengan membuka ikatan gelang getah yang diberikan oleh pihak berkuasa.

Mentang mentanglah gelang itu hanya gelang biasa ber QR code tanpa fungsi geolocation, memang sengaja betul beliau mengingkari perintah tersebut.

Minta maaf dan nyatakan keputusan beliau adalah negatif

Selepas menyedari dirinya viral, lelaki tersebut kemudiannya cuba meminta maaf dan menyatakan keputusan ujian beliau adalah negatif.

Namun begitu, mendapat keputusan awal yang negatif tidak bermakna mana mana individu boleh memendekkan atau melanggar perintah stay home notice yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Sebelum ini, Residen Bahagian Sibu Charles Siaw pernah berkata kegagalan tidak patuh arahan merupakan satu kesalahan.

“Mereka diperintahkan menjalani kuarantin di rumah wajib mematuhi arahan. Ini kerana ia diwartakan dan kegagalan berbuat demikian merupakan satu kesalahan,” katanya dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Utusan Borneo sebelum ini.

Residen bahagian Sibu juga membuka talian ‘hotline’ 013-9994158 (WhatsApp sahaja) kepada orang ramai melaporkan ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) kepada pihak berkuasa dalam tempoh PKPB.

Sesiapa yang mengingkari perintah kuarantin boleh didenda sehingga RM3000.

Sebelum ini beberapa individu juga telah diserbu di Sibu ketika berjudi semasa PKP :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jepun Rancang Belanja RM60 Billion Untuk Bayar Sebahagian Kos Melancong
Next Article Sarawak Catat 4 Kes Positif COVID-19 Pada Hari Kedua Hari Raya Aidilfitri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?