I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Catat Kluster Tahun Baru Cina Pertama, Kluster Komuniti Di Kota Samarahan

Oleh Ismail NA
25 Februari 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Kluster baharu tersebut dinamakan sebagai Kluster Jalan Ho Pin.

Sarawak Catat Kluster Tahun Baru Cina Pertama, Kluster Komuniti Di Kota Samarahan. Menerusi kenyataan media JPBNS hari ini, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan satu kluster baru di negeri ini. Kluster yang diberi nama Kluster Jalan Ho Pin di Kota Samarahan tersebut melibatkan jangkitan komuniti semasa sambutan Tahun Baharu Cina yang lalu.

Isi Isi Penting
Kluster baharu tersebut dinamakan sebagai Kluster Jalan Ho Pin.Berpunca daripada aktiviti kunjung mengunjungi semasa Tahun Baru Cina14 orang positif setakat ini daripada 120 individu jalani saringanKetua Menteri Sarawak bakal menjadi orang pertama di Sarawak disuntik vaksin COVID-19. Baca selanjutnya di sini :

Kluster komuniti ini kini dikesan berada di lingkungan bahagian Samarahan, Serian dan Kuching.

Berpunca daripada aktiviti kunjung mengunjungi semasa Tahun Baru Cina

Penularan dalam kluster ini dipercayai berpunca daripada aktiviti kunjung-mengunjungi semasa Tahun Baharu Cina pada 11 hingga 14 Februari yang lepas. Aktiviti kunjung mengunjung ini melibatkan beberapa rumah persendirian saudara-mara dan rakan-rakan di bahagian yang dinyatakan.

Sarawak Catat Kluster Tahun Baru Cina Pertama, Kluster Komuniti Di Kota Samarahan
Sarawak Catat Kluster Tahun Baru Cina Pertama, Kluster Komuniti Di Kota Samarahan
Gambar hiasan.

Kes indeks kluster ini merupakan seorang wanita berusia 22 tahun warga Sarawak. Wanita terbabit merupakan kes ke-7,636 yang melalui saringan individu bergejala pada 18 Februari 2021.

Hasil siasatan lanjut mendapati terdapat pertambahan 13 lagi kes positif dalam kalangan kontak-kontak sosial dan tempat kerja kepada kes indeks.

14 orang positif setakat ini daripada 120 individu jalani saringan

Sehingga 25 Februari 2021, sejumlah 120 orang telah disaring dan daripada jumlah tersebut, 14 kes positif dikesan termasuklah kes indeks, 41 individu negatif, serta 65 individu masih menunggu keputusan makmal.

Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan PKRC Kuching bagi tujuan pengasinagn dan rawatan lanjut.

Hari ini (25 Februari), Sarawak telah mencatatkan sebanyak 219 kes baharu COVID-19 yang melibatkan pertambahan kes tertinggi di Sibu (80), diikuti Kapit (26), Bintulu (25), Kuching (18), Meradong (17), Miri (12), Samarahan (11), Serian (10), Selangau (8), Sri Aman (5), Saratok (3), Kanowit (1), Sarikei (1), Bukit Mabong (1), dan Betong (1).

2 kematian turut dicatatkan hari ini manakala jumlah pesakit sembuh dan dibenarkan discaj direkodkan sebanyak 248 kes.

Ketua Menteri Sarawak bakal menjadi orang pertama di Sarawak disuntik vaksin COVID-19. Baca selanjutnya di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: 2 Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak, 219 Kes Positif Baharu
Next Article Jarum Suntik Warna Berbeza Semasa Vaksinasi PM Cetus Kekeliruan, Ini Penjelasan KKM Jarum Suntik Warna Berbeza Semasa Vaksinasi PM Cetus Kekeliruan, Ini Penjelasan KKM

Advertorial

Mengenal Lun Bawang Ba’kelalan, Komuniti Yang Menemui Revolusi Hidup Menerusi Agama
Cerita Borneo
5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?