• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Dianggarkan Miliki Sumber Mineral Bernilai RM1.252 Trilion

Oleh
Farisha
16 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Kekayaan mineral bernilai Trilion ringgit di Sarawak

Sarawak Dianggarkan Miliki Sumber Mineral Bernilai RM1.252 Trilion. Sarawak dianggarkan memiliki sumber mineral bernilai tinggi untuk industri tenaga dan industri pembuatan hiliran bernilai lebih daripada RM1.252 trilion.

Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, anggaran nilai tersebut berdasarkan rekod Jabatan Mineral Sarawak dan Geosains Malaysia.

Sarawak Dianggarkan Miliki Sumber Mineral Bernilai RM1.252 Trilion
Sarawak Dianggarkan Miliki Sumber Mineral Bernilai RM1.252 Trilion

Sumber mineral ini terdapat di kawasan seluas lebih kurang 39,824 kilometer persegi atau 3,982,400 hektar, melibatkan 32 peratus daripada keluasan Sarawak.

Mohon peruntukan lebih besar supaya sumber mineral di Sarawak dapat dijalankan dengan lebih meluas

Kerajaan Sarawak telah memohon peruntukan yang lebih besar untuk Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia cawangan Sarawak daripada Kerajaan Persekutuan agar kajian mengenai kewujudan sumber mineral di Sarawak dapat dijalankan dengan lebih meluas.

“Kajian dan pemetaan geologi ini amat penting untuk membolehkan perancangan guna tanah dan pembangunan industri berasaskan mineral dibuat secara terperinci dan menyeluruh oleh kerajaan,” kata Awang Tengah menurut laporan media tempatan.

Beliau berkata dalam membangunkan industri berasaskan mineral, kerajaan Sarawak kini cuba membangunkan industri hiliran terutamanya berasaskan pasir silika bagi pembuatan kaca fotovoltaik untuk penjanaan kuasa solar (tenaga hijau) dan batu kapur untuk industri klinker dan simen.

Di samping itu, kerajaan juga mengkaji potensi industri berasaskan mineral strategik bernilai tinggi, iaitu Unsur Nadir Bumi Tidak Radioaktif (NR-REE).

“NR-REE diperlukan dalam pelbagai industri pembuatan seperti magnet, fosforus, seramik, aloi logam, pertahanan dan sebagainya,” ujar Ahli Dewan Undangan Bukit Sari (GPS-PBB) itu.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Bakal Bina KIA Baharu, KIA Lama Mungkin Akan Dijadikan Penerbangan Persendirian
Next Article JPJ Bintulu Lancarkan Operasi Buru Pengguna Lampu HID

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?