• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak FC Baham Perak 3-0, Duduki Tangga Pertama Liga Perdana Setakat Ini

Oleh
Ismail NA
11 Mac 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Prestasi memberangsangkan pasukan Sarawak FC dan Kuching City FC.

Sarawak FC Baham Perak 3-0, Duduki Tangga Pertama Liga Perdana Setakat Ini. Sejak saingan Liga Perdana membuka kembali tirainya tahun ini, pasukan Sarawak FC memulakan langkah kanan dengan melakar beberapa kemenangan setakat ini. Walaupun memilih stadium di Semenanjung sebagai laman sendiri akibat situasi pandemik yang tidak mengizinkan, namun ia tidak mengubah semangat juang dan moral pemain untuk terus mencipta kemenangan.

Isi Isi Penting
  • Prestasi memberangsangkan pasukan Sarawak FC dan Kuching City FC.
  • Kemenangan kedua Sarawak FC setelah menjinakkan Kelantan
  • Kuching City FC seri dengan Terengganu, perlu bangkit untuk peluang ke Liga Super
  • Terpaksa guna stadium di Melaka dan Sabah sebagai gelanggang sendiri
  • Sarawak juga pernah melahirkan pemain bola sepak profesional yang digeruni. Baca selanjutnya di sini :

Dalam perlawanan kedua Sarawak FC menentang Perak FC II semalam di Stadium Ipoh, Perak, Sarawak terus melakar kemenangan apabila berjaya membaham pasukan Perak dengan jaringan 3-0. Jaringan kemenangan ini dihasilkan menerusi pemain import, Uche Agba dan bintang baru Sarawak FC, Norshahrul Idlan Talaha atau digelar Matyo.

Kemenangan ini penting buat Sarawak untuk meraih tambahan 3 mata berharga buat bekalan untuk ke pusingan seterusnya. Kutipan keseluruhan 6 mata ini telah meletakkan Sarawak FC berada di tangga teratas liga setakat ini.

Sarawak FC Baham Perak 3-0, Duduki Tangga Pertama Liga Perdana Setakat Ini
Sarawak FC Baham Perak 3-0, Duduki Tangga Pertama Liga Perdana Setakat Ini

Kemenangan kedua Sarawak FC setelah menjinakkan Kelantan

Sebelum ini, pasukan Sarawak FC juga telah mengalahkan pasukan Kelantan United FC dengan jaringan 2-0 pada aksi sulung pasukan tersebut di saingan Liga Perdana Malaysia 2021 di Stadium Hang Jebat, Melaka pada Ahad lalu. Kemenangan pertama ini telah menghadiahkan 3 mata pertama buat skuad kenyalang emas dalam saingan liga tahun ini.

Ketua jurulatih Sarawak FC, E Elavarasan memberitahu bahawa beliau sememangnya menjangkakan kemenangan ini menentang Perak memandangkan pasukan lawan kekurangan pemain import dan banyak bergantung kepada tonggak pemain muda.

Sarawak FC Baham Perak 3-0, Duduki Tangga Pertama Liga Perdana Setakat Ini
Uche Agba (paling kanan) bersama rakan sepasukan Sarawak United FC
Sumber : Sarawak United via Borneo Post

Kuching City FC seri dengan Terengganu, perlu bangkit untuk peluang ke Liga Super

Manakala pasukan senegeri, Kuching City FC seri 1-1 dengan Terengganu FC II di Kuala Terengganu semalam dalam penampilan sulung skuad tersebut dalam Liga Perdana musim ini. Walaupun pasukan Terengganu FC meledak gol pertama pada minit ke-20, namun kedudukan itu disamakan 10 minit kemudian melalui tandukan pemain Kuching City FC, Hairol Mokhtar.

Sarawak FC Baham Perak 3-0, Duduki Tangga Pertama Liga Perdana Setakat Ini
Sumber : FB Kuching City FC

Keputusan seri ini memerlukan skuad Kuching City FC ini untuk bekerja lebih keras dalam perlawanan seterusnya menentang Johor Darul Ta’zim II pada 13 Mac, Sabtu ini di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, bagi mengekalkan peluang cerah untuk mara ke saingan Liga Super.

Pada musim ini, Sarawak mempunyai dua pasukan yang bermain di divisyen dua Liga Perdana iaitu Sarawak United FC dan Kuching City FC. Kedua-duanya menyasarkan untuk melayakkan diri ke Liga Super musim depan.

Pasukan senegeri ini akan bertembung antara satu sama lain dalam perlawanan 16 Mac 2021 (Selasa), 3 hari selepas perlawanan Kuching City FC menentang Johor Darul Ta’zim II.

Terpaksa guna stadium di Melaka dan Sabah sebagai gelanggang sendiri

Untuk makluman anda juga, akibat situasi pandemik serta prosedur kemasukan ke Sarawak yang memerlukan kuarantin, kedua-dua pasukan Sarawak ini terpaksa menggunakan gelanggang di Semenanjung dan Sabah sebagai gelanggang sendiri atau home mereka untuk saingan. Pasukan Sarawak United FC menggunakan Stadium Hang Jebat, Melaka sebagai gelanggang sendiri manakala pasukan Kuching City FC menggunakan Stadium Likas, Kota Kinabalu Sabah.

Perlawanan bola sepak Sarawak United FC boleh disaksikan secara ulangan mahu pun secara langsung di Facebook rasmi Sarawak United FC.

Sarawak juga pernah melahirkan pemain bola sepak profesional yang digeruni. Baca selanjutnya di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tragedi Ketupat Berdarah Sambas 1999, Peristiwa Hitam Perkauman Di Pagi Raya
Next Article Denda Sehingga RM10,000 Akan Dikenakan Kepada Individu Langgar SOP Mulai Hari Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?