• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Pelbagai

Sarawak Masih Hadapi Isu Kekurangan Guru, Lebih 3000 Pendidik Diperlukan Di Bumi Kenyalang

Oleh
Aina Musa
18 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Sarawak Masih Hadapi Isu Kekurangan Guru, Lebih 3000 Pendidik Diperlukan Di Bumi Kenyalang

Lebih 3000 orang guru diperlukan berkhidmat di Sarawak

Sarawak Masih Hadapi Isu Kekurangan Guru, Lebih 3000 Pendidik Diperlukan Di Bumi Kenyalang. Sarawak memerlukan lebih 3,000 guru bagi menampung jumlah guru yang bersara dan yang dipindahkan ke negeri lain.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, usaha menangani masalah kekurangan guru di Sarawak telah dilakukan ke arah yang betul dengan pengambilan kira-kira 9,500 guru tambahan secara nasional pada November ini.

Sarawak Masih Hadapi Isu Kekurangan Guru, Lebih 3000 Pendidik Diperlukan Di Bumi Kenyalang
Sarawak Masih Hadapi Isu Kekurangan Guru, Lebih 3000 Pendidik Diperlukan Di Bumi Kenyalang. Sumber: UKAS

“Sarawak perlu diberikan keutamaan dalam penempatan guru.

“Sekiranya kita diberi setengah daripada jumlah tersebut maka selesailah masalah kekurangan guru di negeri ini.”

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Hikmah Islamic Technology College Dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) dan Institut Kemahiran Darul Ridzuan di Wisma Hamizan, Kuching pada Selasa.

Penempatan guru ke Sarawak perlu diberi keutamaan

Mengulas lanjut, beliau berkata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu tegas berhubung penempatan guru termasuk mengambil tindakan tegas terhadap individu yang tidak mengendahkan garis panduan penempatan.

“Isu kekurangan guru di Sarawak bukan perkara baharu malah ia sudah berlarutan sekian lama.

“Sarawak perlu diberi keutamaan dalam aspek penempatan guru-guru baharu dalam usaha mengatasi masalah kekurangan guru yang agak serius di negeri itu,” tegasnya lagi.

Baca lagi artikel menarik:

Beli Starlink Demi Anak Murid, Netizen Terharu Lihat Inisiatif Guru Ini
Suami Sanggup Tinggalkan Gaji Lima Angka Dan Bermastautin Di Sarawak Bersama Isteri
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kantoi Simpan Diesel Subsidi Dalam 36 Tong Besar Dalam Stor, Dua Lelaki Sri Aman Berjaya Ditahan Kantoi Simpan Diesel Subsidi Dalam 36 Tong Besar Dalam Stor, Dua Lelaki Sri Aman Berjaya Ditahan
Next Article Umat Islam Di Sarawak Diseru Untuk Menyumbang Kepada Palestin Jumaat Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?