• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Masih Kekurangan Lebih 2,000 Guru Di Sekolah Rendah Dan Menengah

Oleh
Nazihah AN
11 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Sarawak Masih Kekurangan Lebih 2,000 Guru Di Sekolah Rendah Dan Menengah

Kekurangan guru di Sarawak, lebih 2,000 jawatan masih kosong

Sarawak Masih Kekurangan Lebih 2,000 Guru Di Sekolah Rendah Dan Menengah. Sarawak masih menghadapi kekurangan lebih daripada 2,000 guru di sekolah rendah dan 184 di sekolah menengah.

Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak, Datuk Dr Azhar Ahmad, mendedahkan perkara ini kepada media semasa Majlis Penghargaan Kecemerlangan SPM 2023 yang diadakan di Auditorium Jabatan Pendidikan Sarawak semalam (10 Jun).

Sarawak Masih Kekurangan Lebih 2,000 Guru Di Sekolah Rendah Dan Menengah

Sarawak Masih Kekurangan Lebih 2,000 Guru Di Sekolah Rendah Dan Menengah

“Di peringkat sekolah, kita juga masih mempunyai kekurangan untuk jawatan pengetua dan guru besar.

“Buat masa ini, kita sedang dalam proses mengisi jawatan pengetua dan guru besar yang kosong di semua daerah,” katanya.

Apabila ditanya sama ada kuasa menentukan penempatan guru akan diberikan kepada Pengarah Pendidikan Negeri, beliau menjawab negatif.

“Setakat ini, kuasa untuk melantik guru adalah di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.

“Selepas pelantikan, mereka akan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk ditempatkan di seluruh negara, termasuk Sarawak,” tambahnya.

Walau bagaimanapun, Azhar berkata kerajaan persekutuan telah memberikan sedikit autonomi kepadanya sebagai Pengarah Pendidikan Sarawak untuk memberi kelulusan terhadap projek pembangunan di Sarawak berkaitan sekolah yang ditaja oleh KPM, kerajaan Sarawak, sektor swasta dan sebagainya.

“Kami telah menerima surat daripada KPM mengenai perkara ini.

“Tidak ada nilai siling untuk projek-projek yang akan diluluskan.

“Projek pembangunan ini termasuklah pembaikan dan peningkatan sekolah yang usang dan kuarters guru,” jelasnya.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

Sarawak Pilihan Pertama, Guru Semenanjung Ini Teruja Dapat Posting Ke Lawas
Isu Kekurangan Guru, Dr Annuar Galakan Guru Sarawak Kembali Berkhidmat Di Negeri Sendiri
SUMBER :Dayak Daily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Inisiatif Kedai Runcit Cikgu Anne Di Lawas Rangkul Anugerah Berprestij RISE Educator Award 2024 Inisiatif Kedai Runcit Cikgu Anne Di Lawas Rangkul Anugerah Berprestij RISE Educator Award 2024
Next Article Isteri Baru Dikahwini Maut, Suami Parah Tercampak Dari Kenderaan Di Bintulu Isteri Baru Dikahwini Maut, Suami Parah Tercampak Dari Kenderaan Di Bintulu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?