I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Isteri Baru Dikahwini Maut, Suami Parah Tercampak Dari Kenderaan Di Bintulu

Oleh Aina Musa
11 Jun 2024
Kongsi
1 Min Bacaan
Isteri Baru Dikahwini Maut, Suami Parah Tercampak Dari Kenderaan Di Bintulu

Pengantin baru maut dalam kemalangan di Bintulu

Isteri Baru Dikahwini Maut, Suami Parah Tercampak Dari Kenderaan Di Bintulu. Seorang wanita maut manakala suaminya parah selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran Estet Ladang Tatau, Jalan Pesisir Bintulu-Samalaju, di sini. Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimansyah, menyatakan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7.22 pagi.

Sebuah jentera dengan tiga anggota segera dihantar ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kidurong.

Isteri Baru Dikahwini Maut, Suami Parah Tercampak Dari Kenderaan Di Bintulu. Sumber: Astro Awani

Setibanya pada sekitar jam 8.01 pagi, pasukan mendapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan Perodua Bezza yang dinaiki pasangan itu terbabas, hilang kawalan dan terbalik, menyebabkan kedua-duanya tercampak keluar dari kenderaan.

Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian

Mangsa, Nur Fariha Abu Bakar Ashe’ari, 24, dari Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Fasa 2 Tanjung Kidurong, disahkan meninggal dunia di lokasi oleh paramedik Hospital Bintulu. Manakala suaminya, Awang Azizan Awang Adenan, 25, yang mengalami kecederaan parah, dikejarkan ke hospital.

Menurut Henderi, difahamkan kedua-dua pasangan ini baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala punca kemalangan masih dalam siasatan pihak polis.

Baca lagi artikel menarik:

Ibu Bergegas Merangkak Dan Memeluk Anak Selepas Dirempuh Kereta Ketika Lintas Jalan Di Sabah
Pengarah Sentoria Borneo Land Gagal Hadir Mahkamah, Notis Dikeluarkan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Masih Kekurangan Lebih 2,000 Guru Di Sekolah Rendah Dan Menengah Sarawak Masih Kekurangan Lebih 2,000 Guru Di Sekolah Rendah Dan Menengah
Next Article Menabung Sejak Anak Lahir, 14 Sekeluarga Dari Mukah Berjaya Tunai Haji Bersama

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?