• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Mahu Kubu Era Brooke Diiktiraf UNESCO

Oleh
Farisha
23 Mei 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Sarawak Mahu ‘Fort Trails’ Diiktiraf UNESCO – Usaha Besar Angkat Warisan Kubu Lama ke Peringkat Dunia

Sarawak Mahu Kubu Era Brooke Diiktiraf UNESCO. Sarawak kini sedang melangkah gagah dalam usaha untuk meletakkan warisan sejarahnya di pentas dunia menerusi inisiatif dikenali sebagai Fort Trails. Inisiatif ini melibatkan 23 buah kubu bersejarah yang dibina semasa era pemerintahan keluarga Brooke dan kini sedang dalam proses untuk mendapatkan pengiktirafan daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Menariknya, usaha ini bukan sahaja menumpukan kepada pemeliharaan struktur fizikal kubu lama, tetapi juga kepada pemeliharaan sejarah lisan dan warisan tidak ketara masyarakat Sarawak, menurut laporan media tempatan.

Sarawak Mahu Kubu Era Brooke Diiktiraf UNESCO
Sarawak Mahu Kubu Era Brooke Diiktiraf UNESCO.
Sumber foto: FB The Brooke Gallery at Fort Margherita

Apa Sebenarnya Fort Trails Ni?

Fort Trails merangkumi laluan bersejarah yang menyatukan 23 buah kubu yang pernah berperanan penting dalam pembentukan landskap politik dan sosial Sarawak. Walau bagaimanapun, hanya 14 buah kubu masih wujud hari ini — selebihnya telah hilang dimamah masa.

Namun, yang membuatkan inisiatif ini begitu bermakna ialah bagaimana kubu-kubu ini dibina dengan sokongan padu komuniti tempatan. Mereka bukan sahaja menyumbang tenaga dan bahan binaan seperti kayu belian, tetapi turut menyumbangkan pengetahuan geografi dan sokongan logistik seperti bekalan makanan.

Usaha Diplomasi di Paris 🇫🇷

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan, baru-baru ini telah mengadakan lawatan hormat ke Ibu Pejabat UNESCO di Paris. Misi utama beliau: memperjuangkan pencalonan Fort Trails agar diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia.

Menurut kenyataan rasmi daripada kementerian, inisiatif ini dianggap sebagai satu usaha menyeluruh dalam memelihara identiti kolektif pelbagai komuniti etnik di Sarawak melalui naratif sejarah lisan yang diwariskan turun-temurun.

Kerjasama Strategik

Untuk menjayakan misi ini, Sarawak akan bekerjasama rapat dengan:

  • Jabatan Warisan Negara
  • Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)
  • Delegasi Tetap Malaysia ke UNESCO

Gabungan strategik ini dijangka memperkukuhkan pencalonan dan mempercepatkan proses dokumentasi serta pematuhan kepada syarat-syarat UNESCO.

Bonus: Gua Niah Turut Dicalonkan!

Dalam pertemuan berasingan bersama Timbalan Pengarah Pusat Warisan Dunia UNESCO, Jyoti Hosagrahar, Snowdan turut membangkitkan usaha Sarawak untuk mendapatkan pengiktirafan Tapak Warisan Dunia bagi Gua Niah.

Menurut beliau, Gua Niah bukan sahaja penting dari sudut sejarah arkeologi, tetapi juga boleh dijadikan sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi komuniti melalui aktiviti pelancongan, kraf tangan, dan usaha kelestarian lain.

Sarawak kini berada di landasan yang tepat untuk menempatkan warisan budayanya di peta dunia. Inisiatif seperti Fort Trails dan pencalonan Gua Niah bukan sahaja mengangkat nilai sejarah, tetapi juga memberi peluang kepada rakyat tempatan untuk menjana pendapatan melalui industri pelancongan berasaskan budaya.

Dengan sokongan penuh pelbagai pihak dan semangat rakyat Sarawak yang cintakan warisan, harapan untuk melihat nama Sarawak tercatat dalam senarai UNESCO kini semakin cerah.

Kalau bukan kita yang banggakan warisan sendiri, siapa lagi?

Baca juga artikel yang berkaitan:

Gua Niah Diiktiraf Sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia UNESCO
Sarapan Popular Malaysia, Nasi Lemak, Roti Canai Kini Diiktiraf UNESCO
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Cara Mudah Tebus Laptop Percuma Untuk Pelajar Sarawak Di Switch Ini Cara Mudah Tebus Laptop Percuma Untuk Pelajar Sarawak Di Switch
Next Article Main Dengan Kucing Jalanan Undang Padah, Budak 13 Tahun Dijangkiti Rabies Di Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?