• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarapan Popular Malaysia, Nasi Lemak, Roti Canai Kini Diiktiraf UNESCO

Oleh
Nazihah AN
5 Disember 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Sarapan Popular Malaysia, Nasi Lemak, Roti Canai Kini Diiktiraf UNESCO

Sarapan Malaysia Ini Dapat Pengiktirafan Global

Sarapan Popular Malaysia, Nasi Lemak, Roti Canai Kini Diiktiraf UNESCO. Sarapan pagi di Malaysia kini bukan sekadar hidangan untuk mengisi perut kosong—ia telah diangkat menjadi satu warisan tak ketara yang diiktiraf oleh UNESCO!

Dalam satu pengumuman yang dibuat semasa Sesi Ke-19 Jawatankuasa Antara Kerajaan untuk Perlindungan Warisan Budaya Tak Ketara di Paraguay pada 2 hingga 7 Disember, budaya sarapan Malaysia kini disenaraikan dalam Senarai Wakil Warisan Budaya Tak Ketara Kemanusiaan UNESCO.

Sarapan Popular Malaysia, Nasi Lemak KIni Diiktiraf UNESCO
Kredit gambar: Andy Cooks

MOTAC Raikan Pengiktirafan Unesco Untuk Budaya Sarapan Malaysia

Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), budaya sarapan di Malaysia mencerminkan kepelbagaian, keharmonian, dan keterangkuman masyarakat berbilang etnik di negara ini. Hidangan yang terdiri daripada nasi lemak, roti canai, teh tarik, hingga kuih-muih tradisional mencerminkan kehidupan kita yang penuh warna.

UNESCO menilai bahawa budaya sarapan Malaysia memenuhi semua kriteria Konvensyen 2003 untuk Perlindungan Warisan Budaya Tak Ketara. MOTAC menekankan bahawa pengiktirafan ini adalah bukti keunikan Malaysia sebagai negara pelbagai kaum yang hidup dalam harmoni.

Lebih menarik, pengiktirafan ini membuka peluang kepada Malaysia untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak, sama ada kerajaan, komuniti tempatan, mahupun badan antarabangsa, dalam melestarikan budaya kita.

Bagi kita di Malaysia, sarapan bukan hanya waktu makan—ia adalah peluang untuk berinteraksi dan menyatukan masyarakat. Di warung, restoran mamak, atau gerai tepi jalan, kita dapat lihat rakyat dari pelbagai latar belakang menikmati hidangan bersama, daripada pekerja pejabat hingga penjual pasar.

Pengiktirafan ini bukan sahaja meraikan makanan kita, tetapi juga cara kita menjadikannya platform untuk membina hubungan.

Usaha ini bermula pada 30 Mac 2023 apabila Jabatan Warisan Negara (JWN) menghantar pencalonan kepada UNESCO. Ini merupakan kali pertama Malaysia mencalonkan elemen berkaitan makanan dan gastronomi. Sebelum ini, Malaysia telah menerima beberapa pengiktirafan di bawah Konvensyen 2003, antaranya:

  • Teater Mak Yong (2005)
  • Dondang Sayang (2018)
  • Silat (2019)
  • Upacara Ong Chun/Wangchuan/Wangkang (2020, bersama China)
  • Pantun (2020, bersama Indonesia)
  • Songket (2021)
  • Mek Mulung (2023)

Motac juga percaya bahawa pengiktirafan ini meningkatkan kredibiliti Malaysia sebagai calon yang layak untuk kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO bagi penggal 2025-2029.

Baca juga artikel menarik di bawah:

Hanya Di Kapit, Nikmati Roti Canai Goreng Unik Yang Diwarisi Sejak Empat Generasi Ini
Jabatan Perangkaan: Sarawak ‘Pecah Rekod’ Harga Roti Canai Dan Teh Tarik Paling Mahal Di Malaysia

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article [TERKINI] Kebakaran Di Jalan Padungan, Orang Ramai Sempat Selamatkan Mangsa
Next Article Kurang Serasi Makanan Tempatan, Wanita Sabah Meninggal Dunia Di Korea Akibat Gastrik

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?