• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Masih Boleh Adakan Pilihanraya Jika Lengkung COVID19 Dilandaikan – TKM Sarawak

Oleh
ILB - AI
1 Ogos 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Sarawak Masih Boleh Adakan Pilihanraya Jika Lengkung COVID19 Dilandaikan – TKM Sarawak. Sarawak masih boleh mengadakan pilihanraya negeri jika lengkung COVID19 berjaya dilandaikan dalam beberapa minggu akan datang kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Borneo Post dan The Vibes, beliau berkata bahawa proklamasi darurat yang disambung sehingga 2 Februari 2022 itu adalah berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan, Suruhanjaya Pilihanraya, Pihak Polis, dan Angkatan Tentera Malaysia berdasarkan kebarangkalian untuk kes COVID19 untuk meningkat naik.

Walaubagaimanapun sekiranya Sarawak berjaya melandaikan lengkung jangkitan COVID19 dalam beberapa minggu yang akan datang, Kerajaan boleh menasihati Yang Dipertuan Agong Malaysia untuk menamatkan darurat dan pilihanraya negeri yang ke-12 boleh diadakan. Ujar beliau lagi :

” Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu mendapatkan mandat dari rakyat Sarawak untuk memerintah Sarawak untuk tempoh 5 tahun yang akan datang

“ Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg perlu mendapatkan mandat untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak, sebaiknya dengan segera tanpa membahayakan nyawa rakyat Sarawak

” Saya yakin dengan prosedur operasi standard yang ketat, kita dapat mengadakan pilihanraya tanpa membahayakan nyawa ” menurut beliau yang dipetik dari laporan Borneo Post

Dengan proklamasi darurat yang disambung sehingga 2 Februari 2021, Sarawak sepatutnya hanya dapat mengadakan pilihanraya selepas tarikh tersebut dalam lingkungan 60 hari.

Sebelum ini, negara negara seperti Amerika Syarikat, Singapura, New Zealand dan Korea Selatan juga telah mengadakan pilihanraya di negara masing masing.

Baca juga artikel lain :
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tewaskan Indonesia, Regu Malaysia Raih Pingat Pertama Untuk Malaysia Tewaskan Indonesia, Regu Malaysia Raih Pingat Pertama Untuk Malaysia
Next Article Wanita Palsukan Ujian COVID19 Untuk Rentas Daerah Dari Kuching Ke Bintulu Ditahan Wanita Palsukan Ujian COVID19 Untuk Rentas Daerah Dari Kuching Ke Bintulu Ditahan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?