• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Wanita Palsukan Ujian COVID19 Untuk Rentas Daerah Dari Kuching Ke Bintulu Ditahan

Oleh
ILB - AI
1 Ogos 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Wanita Palsukan Ujian COVID19 Untuk Rentas Daerah Dari Kuching Ke Bintulu Ditahan
Wanita berusia 33 tahun itu ditahan oleh pihak polis

Wanita Palsukan Ujian COVID19 Untuk Rentas Daerah Dari Kuching Ke Bintulu Ditahan. Gara gara memalsukan ujian COVID19 untuk merentas daerah, seorang wanita berusia 33 tahun tersebut akhirnya ditangkap oleh pihak polis.

Menurut laporan, wanita tersebut melakukan pemalsuan laporan ujian COVID19 tersebut ketika cuba untuk meminta permit merentas daerah dari Kuching ke Bintulu. Difahamkan, wanita tersebut bercadang untuk menggunakan kapal terbang untuk ke Bintulu.

Namun begitu, hasil pemeriksaan pihak penguatkuasa sebanyak 2 kali dengan hospital swasta seperti didakwa suspek mendapati bahawa keputusan tersebut adalah palsu. Suspek ditangkap di bawah Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 di Balai Polis Sungai Maong sekitar jam 8.15 malam, Sabtu selepas kenyataan direkodkan.

Sementara itu, Kuching kekal menyumbang kes tertinggi jangkitan COVID19 di Sarawak hari ini apabila mencatatkan sebanyak 317 kes jangkitan COVID19. Secara statistiknya, hari ini juga merupakan hari ke 20 berturut turut Kuching menyumbang kes sebanyak 3 digit setiap hari sejak 14 Julai 2021.

Lain-lain kes dikesan di Sibu (29), Samarahan (23), Bau (20), Miri (16), Lundu (16), Bintulu (15), Mukah (15), Simunjan (13), Kabong (11), Dalat (7), Sri Aman (6) dan Selangau (6). 

Manakala empat kes direkodkan di Meradong, Betong dan Saratok masing-masing tiga kes, Kanowit, Tatau dan Tebedu masing-masing dua kes dan satu kes di Sarikei, Pusa dan Beluru. 

Baca juga artikel lain :
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Masih Boleh Adakan Pilihanraya Jika Lengkung COVID19 Dilandaikan – TKM Sarawak
Next Article Atlet Australia Baiki Kayak Berlubang Guna Kondom, Raih Pingat Emas Dan Gangsa Di Olimpik

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?