• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Sarawak Melaporkan 146 Kes Positif Hari Ini, Kluster Baru Diisytiharkan

Oleh
ILB - AI
12 Januari 2021
Kongsi
4 Min Bacaan
Sarawak Melaporkan 146 Kes Positif Hari Ini, Kluster Baru Diisytiharkan

Menjadikan jumlah kumulatif kepada 1,574 kes

Sarawak Melaporkan 146 Kes Positif Hari Ini, Kluster Baru Diisytiharkan. Terkini, dilaporkan 146 kes Covid-19 baru dilaporkan di Sarawak, dengan 92 kes dikesan di Sibu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positifi kepada 1,574 kes di Sarawak.

Isi Isi Penting
  • Menjadikan jumlah kumulatif kepada 1,574 kes
  • 92 kes dari Sibu, 83 jangkitan daripada Kluster Pasai
  • Kluster Bukit Sekubong, Sebauh
  • Pertukaran status daerah

Sementara itu, sebuah kluster baru telah diisytiharkan hari ini melibatkan daerah Sebauh di Bahagian Bintulu.

Sarawak Melaporkan 146 Kes Positif Hari Ini, Kluster Baru Diisytiharkan

92 kes dari Sibu, 83 jangkitan daripada Kluster Pasai

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini, daerah Sibu melaporkan kes positif tertinggi hari ini dengan jumlah 92 kes. Daripada jumlah ini, 83 jangkitan daripada Kluster Pasai.

7 daripada saringan berlainan dan seorang keputusan saringan individu kembali dari kawasan berisiko tinggi jangkitan Covid-19.

Di Sebauh, dilaporkan 20 jangkitan daripada Kluster Bukit Sekubong (Kluster Baharu), manakala di Kanowit terdapat 12 kes dilaporkan.

Miri melaporkan 11 kes positif, di mana 2 jangkitan daripada Kluster Bah Sayap, seorang daripada Kluster Jelita dan seorang lagi adalah keputusan saringan individu kembali dari kawasan berisiko tinggi. Sementara itu, 7 adalah hasil daripada saringan berlainan.

Daerah Beluru dan Kuching masing-masing melaporkan 3 kes. Kesemua kes dari Beluru adalah kontak rapat, manakala seorang satu hasil daripada jangkitan daripada Kluster Stutong, individu bergejala dan kontak rapat untuk ketiga-tiga kes di Kuching.

Dalat melaporkan 2 kes jangkitan daripada Kluster Pasai dan Saratok hanya melaporkan satu kes saringan individu kembali dari kawasan berisiko tinggi.

Daerah Bintulu dan Limbang masing-masing melaporkan 1 kes sahaja, di mana kes dari Bintulu adalah saringan individu balik dari luar negara dan kes dari Limbang adalah rujukan hospital.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: FocusMalaysia

Kluster Bukit Sekubong, Sebauh

Sebuah kluster baharu telah diisytiharkan hari ini, melibatkan daerah Sebauh di bahagian Bintulu iaitu Kluster Bukit Sekubong, Sebauh.

Indeks kes ialah kes 1,258 yang dikesan melalui saringan individu bergejala pada 8 Januari lalu setelah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Sebauh, Bintulu.

Sejumlah 32 orang telah disaring sehingga 12 Januari 2021, jam 12:00 tengah hari. Hasil daripada saringan tersebut mendapati bahawa 21 kes dikesan positif termasuk kes indeks, 3 individu negatif dan 8 individu masih menunggu keputusan.

Pada masa ini, Sarawak mempunyai 7 kluster aktif iaitu:

  • KLUSTER BUKIT SEKUBONG, SEBAUH (21 KES)
  • KLUSTER JELITA, MIRI (15 KES, TERMASUK 7 PENAMBAHAN KES)
  • KLUSTER PASAI, SIBU (194 KES, TERMASUK 111 PENAMBAHAN KES)
  • KLUSTER KERANJI TABUAN, KUCHING (13 KES, TERMASUK 1 PENAMBAHAN KES)
  • KLUSTER BAH SAYAP, MIRI (70 KES, TERMASUK 36 PENAMBAHAN KES)
  • KLUSTER STUTONG, KUCHING (30 KES, TERMASUK 1 PENAMBAHAN KES)
  • KLUSTER MADOR, MERADONG (8 KES)

Pertukaran status daerah

Daerah Sebauh telah bertukar dari status kuning ke status jingga, manakala daerah Limbang telah bertukar dari status hijau ke status kuning.

Daerah Beluru, Dalat, Selangau, Sebauh, Samarahan, Sri Aman, Bukit Mabong, Meradong dan Bintulu kekal berstatus kuning.

Daerah Miri, Kuching dan Sibu kekal berstatus merah.

27 daerah lain kekal berstatus hijau.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sekatan Jalan Raya Di Daerah Kuching, Sibu Dan Miri Akan Berkuatkuasa Malam Ini
Next Article Sekolah Di Negeri PKPB, PKPP Akan Mula Beroperasi Pada 20 Januari

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?