• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Negeri Pertama Anjing Tempatan Dimasukkan Cip Untuk Kawal Rabies

Oleh
ILB - AI
26 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Sarawak catat 45 kematian akibat rabies

Sarawak Negeri Pertama Anjing Tempatan Dimasukkan Cip Untuk Kawal Rabies. Wabak rabies adalah satu penyakit yang tidak segempar dan tidak mendadak penularannya seperti wabak Covid-19, namun wabak ini juga mampu meragut nyawa sesiapa sahaja yang telah dijangkitinya.

Terkini, Sarawak sahaja telah mencatatkan angka kematian akibat rabies sebanyak 45 kes. Walaupun kedengaran seperti angka yang masih terkawal, tapi untuk kita mengambil langkah lebih berjaga-jaga itu adalah hal yang mustahak.

Sarawak Negeri Pertama Anjing Tempatan Dimasukkan Cip Untuk Kawal Rabies
Sarawak Negeri Pertama Anjing Tempatan Dimasukkan Cip Untuk Kawal Rabies. Sumber gambar: Berita Harian

Sarawak negeri pertama ada IBET

Untuk mengawal dengan lebih proaktif penularan wabak rabies ini, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah melancarkan penubuhan Immune Belt Enforcement Team (IBET) di Dataran Perayaan, Jalan Stadium.

Sarawak Negeri Pertama Anjing Tempatan Dimasukkan Cip Untuk Kawal Rabies
Sarawak Negeri Pertama Anjing Tempatan Dimasukkan Cip Untuk Kawal Rabies. Sumber gambar: astro AWANI

Sarawak merupakan negeri pertama yang mempunyai pasukan khas ini dimana selain tugas utama mengawal penularan rabies terutamanya di kawasan pedalaman dan sempadan, IBET juga melaksanakan tugas untuk memastikan persekitaran di Sarawak ini terjaga dan terpelihara. Bahkan, IBET juga sentiasa bersedia untuk beroperasi mengawal penularan penyakit kuku dan mulut, demam babi Afrika dan apa-apa penyakit bawaan daripada haiwan.

Anggota IBET ini pula terdiri daripada rakyat tempatan Sarawak sendiri kerana ini membantu memudahkan tugasan mereka. Mereka yang dilantik ini haruslah fasih dengan dialek tempatan, budaya dan kedudukan geografi tempat IBET beroperasi kerana salah satu tugas mereka adalah mengawasi pergerakan anjing.

Bahkan, pasukan IBET juga dibekalkan dengan kelengkapan yang canggih dan kenderaan yang mencukupi untuk memudahkan pergerakan anggota mereka ke kawasan pedalaman.

Sarawak juga negeri pertama anjing tempatan dimasukkan cip untuk awasi pergerakan

Memandangkan Sarawak telah memiliki pasukan khas ini, Abang Johari dalam ucapan beliau juga ada mengatakan tentang anjing tempatan yang akan dikenal pasti dengan bantuan serta bekerjasama dengan masyarakat setempat dan ketua masyarakat dimana anjing-anjing ini dapat dimasukkan cip ke dalam badan mereka.

Sarawak Negeri Pertama Anjing Tempatan Dimasukkan Cip Untuk Kawal Rabies. Sumber gambar: BORNEO POST online

Hal ini ada upaya untuk mengesan anjing tempatan dan anjing liar sekaligus memantau pergerakan mereka supaya memudahkan pihak kerajaan mendapatkan data yang diperlukan dalam usaha mengawal penularan wabak rabies ini.

Bahkan, dengan ada IBET dan dengan memasukkan cip ke dalam badan anjing tempatan ini juga dapat mengawal penularan wabak rabies akibat daripada anjing liar dari negara jiran melalui sempadan.

Diharapkan rakyat Sarawak bersama-sama dengan pihak kerajaan menjayakan usaha ini untuk mengawal penularan rabies ini.

Boleh baca artikel berikutnya untuk mengetahui perkembangan isu lain tentang penularan rabies ini:

Kes Rabies Dikesan Di Taman Samarindah, Individu Pernah Digigit Anjing Diminta Tampil
Rabies Kembali Lagi, Anjing Yang Gigit Budak Lelaki Disahkan Positif
SUMBER :Berita Harianastro AWANIBORNEO POST online
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Disangka Sayur Kangkung, Keluarga Ini Termakan Ganja Semasa Bercuti Di Thailand Disangka Sayur Kangkung, Keluarga Ini Termakan Kanabis Semasa Bercuti Di Thailand
Next Article Kereta Rosak Akibat Jalan Berlubang, Lelaki Ini Menang Kes Saman Terhadap Majlis Perbandaran Kereta Rosak Akibat Jalan Berlubang, Lelaki Ini Menang Kes Saman Terhadap Majlis Perbandaran

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?