• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Negeri Pertama Di Malaysia Perkenal AI Dalam Prasekolah

Oleh
Nazihah AN
24 Februari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan
Sarawak Negeri Pertama Di Malaysia Perkenal AI Dalam Prasekolah

Anak Seawal 6 Tahun Dah Belajar Teknologi

Sarawak Negeri Pertama Di Malaysia Perkenal AI Dalam Prasekolah. Sarawak terus mencipta sejarah dalam bidang pendidikan apabila menjadi negeri pertama di Malaysia yang mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI) dalam pembelajaran prasekolah. Program inovatif ini dikenali sebagai ‘KIDS: Bits and Bytes’ dan kini menjadi sebahagian daripada Kurikulum Literasi Digital Prasekolah SeDidik.

Dipetik dari media tempatan, menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, inisiatif ini selaras dengan Pelan Induk Ekonomi Digital Sarawak 2030, yang bertujuan melengkapkan generasi muda dengan kemahiran digital sejak usia awal.

Sarawak Negeri Pertama Di Malaysia Perkenal AI Dalam Prasekolah
Sumber gambar: Suara Sarawak

Literasi digital bukan sekadar trend, tetapi satu keperluan asas. Pengenalan AI pada peringkat prasekolah membantu membentuk kemahiran teknologi serta memupuk pemikiran kritis dan penyelesaian masalah dalam kalangan kanak-kanak,” katanya.

Pendedahan Awal AI & Keperluan Masa Depan

Program ini dijayakan menerusi kerjasama strategik antara Code.org International dan Persatuan Kebajikan Rolf Schnyder, yang menekankan pemikiran komputasional, keselamatan dalam talian serta asas AI bagi pelajar prasekolah.

Fatimah menepis tanggapan bahawa kanak-kanak prasekolah terlalu muda untuk mempelajari AI, sebaliknya menegaskan bahawa peringkat awal adalah masa terbaik untuk membentuk daya fikir mereka.

Ini adalah fasa pembentukan minda mereka. Pendedahan awal kepada teknologi akan memberikan kelebihan besar kepada mereka pada masa hadapan,” jelasnya.

Pada tahun 2024, seramai 721 pelajar prasekolah SeDidik telah menerima manfaat daripada program ini.

Dari Prasekolah Ke Sekolah Rendah – Usaha Berterusan

Fatimah turut memaklumkan bahawa program ini akan diperluaskan ke peringkat sekolah rendah melalui projek perintis yang bakal dijalankan dalam masa terdekat. Ia juga akan menjadi penanda aras kepada Pusat Kecemerlangan Generasi Muda SeDidik.

Kita tidak mahu ada kanak-kanak yang ketinggalan dalam memperoleh kemahiran penting ini. Kita akan memastikan setiap anak Sarawak bersedia untuk masa depan dalam ekonomi digital,” tambahnya.

Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program ini, sebanyak 435 unit tablet telah diberikan kepada pelajar prasekolah SeDidik sejak 2023.

  • 71 unit digunakan dalam projek perintis.
  • 361 unit diperuntukkan bagi pelaksanaan penuh program.

Program Lanjutan ‘Bits and Bytes After School Code Clubs’

Selain itu, Scott J. Wong, Pengarah Program & Pembangun Persatuan Kebajikan Rolf Schnyder, turut mengumumkan pelancaran ‘Bits and Bytes After School Code Clubs’, yang akan dilaksanakan di 18 sekolah rendah di seluruh Sarawak terlebih dahulu sebelum diperluaskan.

Langkah ini membuktikan bahawa Sarawak berada di landasan tepat untuk melahirkan generasi celik teknologi yang berdaya saing di peringkat global.

Baca juga cerita menarik di bawah:

SMK Agama Miri Pamer Keunikan, Guna Pengacara AI Untuk Majlis Anugerah Pelajar
Dilengkapi Teknologi AI, Muzium Biodiversiti Pertama Sarawak Bakal Dibangunkan Di Miri
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Percepat Penubuhan AirBorneo, Sasar Operasi Dalam 12 Bulan
Next Article Pasukan Judo Sarawak Raih Kejayaan Di Terengganu, Bawa Pulang 10 Pingat Termasuk 3 Emas

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?