• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

SMK Agama Miri Pamer Keunikan, Guna Pengacara AI Untuk Majlis Anugerah Pelajar

Oleh
Husna Hazmi
26 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

AI jadi pengacara majlis di sekolah? Ini baru luar biasa!

SMK Agama Miri Pamer Keunikan, Guna Pengacara AI Untuk Majlis Anugerah Pelajar. Baru-baru ini SMK Agama Miri, telah mencuri perhatian ramai selepas mereka menggunakan cara unik untuk Majlis Anugerah Pelajar iaitu dengan AI sebagai hos pengacara. Video majlis anugerah pelajar yang telah dimuat naik di TikTok itu kini tular, mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan netizen.

Dalam video berkenaan, boleh dilihat video memaparkan AI yang menjadi pengacara menyampaikan ucapan ketika majlis tersebut. Keunikan ini telah membuat ramai memuji inovasi kreatif daripada pihak sekolah.

SMK Agama Miri Pamer Keunikan, Guna Pengacara AI Untuk Majlis Anugerah Pelajar
SMK Agama Miri Pamer Keunikan, Guna Pengacara AI Untuk Majlis Anugerah Pelajar. Gambar tangkap layar dari TikTok Us G @ SMK Agama Miri

Walaupun ramai yang kagum ada juga yang mempersoalkan

Walaupun ramai yang kagum dan memberikan reaksi positif, namun ada juga segelintir netizen meninggalkan komen mempersoalkan penggunaan AI dan mengatakan bahawa tiada pelajar atau guru di sekolah itu yang mampu menjadi pengacara majlis.

Namun, pengacara AI tersebut sebenarnya dihasilkan oleh pelajar sendiri yang merupakan ahli Kelab AI di sekolah itu! Inisiatif ini sebenarnya bukan sahaja memanfaatkan AI, tetapi juga melatih generasi baharu dalam kemahiran teknologi dan cara menggunakan AI untuk digunakan dengan lebih bertanggungjawab.

SMK Agama Miri Pamer Keunikan, Guna Pengacara AI Untuk Majlis Anugerah Pelajar
Gambar tangkap layar dari TikTok Us G @ SMK Agama Miri

Tapi apa pun, ini adalah salah satu langkah yang berani dan wajar dipuji daripada guru-guri SMK Agama Miri. AI ini kalau tidak diajar, memang mudah untuk disalahguna, betul tak? Betul dah tu cikgu ajar, sekurang-kurangnya generasi akan datang akan menggunakannya dengan cara yang lebih beretika dan bertanggungjawab.

Jadi, apa pendapat anda?

Adakah anda rasa penggunaan AI dalam acara sekolah ini langkah ke hadapan yang wajar? Atau patutkah kita lebih fokus pada penglibatan manusia sepenuhnya dalam majlis seperti ini? Kongsikan pandangan anda!

Lagi cerita menarik untuk anda di sini:

Bangunan Bersejarah Darul Kurnia Bakal Dijadikan Muzium Di Kuching
Jakel Bakal Buka Dua Cawangan Di Sarawak, Dijangkakan Di Miri Dan Kuching

SUMBER :TikTok
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 5 Fakta Unik Tentang Etnik Rungus Sabah, Suku Yang Dipercayai Berasal Dari Mongolia
Next Article Wanita 42 Tahun Ditemui Maut Dalam Rumah Sendiri Di Miri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?