• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Regatta Kembali 1 Hingga 3 November, Borang Penyertaan Dibuka Bermula 9 September Ini

Oleh
Farisha
3 September 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Pendaftaran dibuka pada 9 September dan tutup pada 7 Oktober

Sarawak Regatta Kembali 1 Hingga 3 November, Borang Penyertaan Dibuka Bermula 9 September Ini. Regatta Sarawak 2024 yang dinanti-nantikan akan berlangsung dari 1 hingga 3 November, dengan jualan borang penyertaan bermula pada 9 September. Menurut Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), borang penyertaan boleh dibeli di ibu pejabat Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (SRB) di Electra House di Jalan Power, Kuching. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 7 Oktober jam 12 tengah hari.

Pada 22 Oktober, satu taklimat untuk pengurus pasukan dan cabutan undi akan diadakan di Muzium Budaya Borneo, Kuching. Regatta ini akan mempunyai dua kategori: Tempatan untuk warganegara Malaysia dan Terbuka untuk pendayung bukan warganegara Malaysia.

Antara acara-acara kategori tempatan dan kategori terbuka:

Sarawak Regatta Kembali 1 Hingga 3 November, Borang Penyertaan Dibuka Bermula 9 September Ini
Sarawak Regatta Kembali 1 Hingga 3 November, Borang Penyertaan Dibuka Bermula 9 September Ini

Semua acara dalam kategori Tempatan dan yang melibatkan IPTA/IPTS memerlukan peserta memberikan nama penuh termasuk nombor kad pengenalan dan ID pelajar atau staf. Menurut sumber, dokumen-dokumen ini perlu disahkan oleh pengurus pasukan dan diserahkan kepada sekretariat selewat-lewatnya pada 22 Oktober.

Yuran penyertaan untuk bot bidar ialah RM10 setiap pendayung, manakala untuk acara yang melibatkan bot kenyalang ialah RM15 setiap pendayung. Setiap penyertaan acara mesti menggunakan borang penyertaan rasmi yang berharga RM10 setiap satu.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada ketua sekretariat jawatankuasa teknikal Regatta Sarawak 2024, Julaihi Shahmad, di talian 019-8575950.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Ini Senarai Event Menarik Sarawak Bulan Julai 2024
Ini Senarai Acara Menarik Sepanjang Bulan September 2024 Di Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Edar 25.9kg Metamfetamin, Lelaki 51 Tahun Dipenjara Seumur Hidup Di Serian
Next Article Tular Video Tour Guide Dari Sabah Ini Fasih Berbahasa Italy Curi Perhatian Netizen Tular Video Tour Guide Dari Sabah Ini Fasih Berbahasa Italy Curi Perhatian Netizen

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?