• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Panas Dan Sesak, Peniaga Kecil Regatta Sarawak Terpaksa Tebal Muka Bila Ditanya Pelancong

Oleh
Nazihah AN
30 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Panas Dan Sesak, Peniaga Kecil Regatta Sarawak Terpaksa Tebal Muka Bila Ditanya Pelancong

Habuk-habuk dari kenderaan mencemari makanan yang dijual semasa acara Regatta di Kuching

Panas Dan Sesak, Peniaga Kecil Regatta Sarawak Terpaksa Tebal Muka Bila Ditanya Pelancong. Acara Regatta di Sarawak memang merupakan salah satu magnet pelancongan yang berjaya menarik perhatian pengunjung dari dalam dan luar negara. Dengan kehadiran ribuan pelancong, kawasan Waterfront menjadi pusat tumpuan dan aktiviti.

Namun, dibalik kemeriahan dan kegemilangan acara, terdapat cerita yang kurang mendapat perhatian – kisah peniaga kecil di kawasan ini yang terpaksa menghadapi kesulitan yang tidak diketahui ramai.

Satu hantaran di laman Facebook telah menarik perhatian ramai apabila individu tersebut meluahkan apa yang dilalui bagi peniaga-peniaga kecil di tepi jalan sepanjang acara ini diadakan.

Pada pandangan awam, mungkin ada segelintir individu merasakan bahawa ianya adalah perkara biasa. Namun, bagi peniaga-peniaga ini mereka hadap kesulitan semasa berjual dalam kesesakan lalu lintas yang teruk di Waterfront Kuching.

Panas Dan Sesak, Peniaga Kecil Regatta Sarawak Terpaksa Tebal Muka Bila Ditanya Pelancong
Panas Dan Sesak, Peniaga Kecil Regatta Sarawak Terpaksa Tebal Muka Bila Ditanya Pelancong

Menyulitkan pengunjung untuk melintas jalan dan membeli di kawasan tersebut.

Antaranya, makanan yang dijual di sepanjang jalan tersebut telah dicemari dengan habuk-habuk dari kenderaan yang guna jalan tersebut. Tambahan pula ianya menyulitkan pengunjung untuk melintas jalan dan membeli di kawasan tersebut.

Bukan itu sahaja, mereka kerap mendapat pertanyaan dari pelancong mengenai mengapa jalan-jalan di kawasan tersebut tidak ditutup semasa acara besar ini berlangsung.

Selain itu, kehadiran kenderaan yang semakin bertambah menjelang peak hour, khususnya pada petang balik kerja, menambahkan lagi kesulitan bagi peniaga dan pelanggan. Bagi ibu bapa yang membawa anak kecil atau menggunakan stroller, situasi ini menjadi lebih mencabar apabila perlu berhadapan dengan kesesakan kenderaan.

Diharapkan, pihak berkuasa dapat mempertimbangkan untuk mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan kesejahteraan peniaga kecil ini terjaga. Sebagai contoh, penutupan jalan atau pemberian ruang khas bagi peniaga semasa acara besar berlangsung boleh menjadi salah satu inisiatif yang dapat membantu. Peniaga kecil merupakan nadi ekonomi tempatan dan seharusnya mendapat perhatian dan sokongan yang sewajarnya.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Mi Kolok Chong Choon Cafe Di Kuching Jadi Pilihan Hati Henry Golding
MBKS Tawar Diskaun 50 Peratus Kompaun Parking Buat Warga Kuching Hingga 31 Disember Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pengurus Syarikat Di Bau Rugi RM160,000 Terpedaya Pelaburan Di WhatsApp Pengurus Syarikat Di Bau Rugi RM160,000 Terpedaya Pelaburan Di WhatsApp
Next Article Tular Kelab Koir Dari Sabah Pukau Dunia Dengan Lagu Rakyat Tambunan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?